Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
243) KEBAJIKAN DAN GAJI GURU-GURU KAFA, SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) DAN TADIKA SWASTA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan dan gaji guru-guru KAFA, SRA dan Tadika Swasta selari dengan gaji paras minimum dan manfaat Program Iltizam Selangor?
Kerajaan Negeri tidak memberikan peruntukan kepada guru-guru tadika swasta. Guru-guru KAFA yang ditempatkan di sekolah KAFA dan Sekolah Rendah Agama (SRA) menerima caruman KWSP, PERKESO dan juga kemudahan Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari, Cuti Menjaga Anak Kuarantin sebanyak 5 hari, Cuti Kematian Keluarga sebanyak 3 hari, Cuti Sakit Kritikal Berpanjangan sebanyak 180 hari (90 hari elaun penuh, 90 hari separuh elaun, 90 hari tanpa elaun) dengan kelulusan, Cuti Sakit Tahunan 15 hari, Cuti Isteri Bersalin sebanyak 3 hari termasuk hari Sabtu Ahad, Cuti Bersalin sebanyak 60 hari dengan elaun penuh untuk Guru KAFA di Sekolah Rendah Agama (3 kali dalam perkhidmatan), Cuti Menunaikan Umrah sebanyak 7 hari (sekali dalam perkhidmatan), Cuti Menunaikan Haji sebanyak maksimum 40 hari (sekali dalam perkhidmatan). Selain itu, guru KAFA mempunyai peluang dan sokongan melanjutkan pelajaran dalam bidang ikhtisas ke peringkat tertinggi serta berpeluang untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisme. Semua Guru KAFA adalah layak mengikuti dan manfaat dari Program Iltizam Selangor melalui permohonan individu.
-
Apakah kebajikan dan ehsan Kerajaan Negeri berikan kepada golongan pendidik tersebut?
Selain daripada kebajikan yang disenaraikan, guru KAFA juga layak mendapat Bantuan Khas Kewangan (BKK) sama seperti penjawat awam negeri yang lain.