Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

275) KEBAJIKAN BOMBA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif atau bantuan yang boleh disalurkan kapada anggota-anggota bomba yang bertugas di Selangor memandangkan mereka telah berjasa kepada negeri kita selepas beberapa insiden yang serius berlaku seperti tanah runtuh Batang Kali dan banjir besar 2021?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, inisiatif atau bantuan elaun khas berjumlah RM200.00 kepada anggota-anggota JBPM secara bulanan telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan elaun kritikal/insentif khas kepada para penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa dan Tempatan (PBT), serta Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) yang terlibat dalam operasi pengurusan bencana serta tugasan-tugasan lain yang berisiko tinggi berjumlah RM300.00 sebulan.

    Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor (JBPM) serta pasukan menyelamat yang lain di atas jasa dalam kerja-kerja menyelamat mangsa bencana serta memikul tugas yang diamanahkan dengan jayanya.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.