Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

238) KEBAJIKAN BEKAS PEKERJA LADANG YANG TUA DAN SAKIT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan untuk membantu bekas pekerja ladang yang tidak mempunyai pencen dan sudah dilanda banyak penyakit ?

    Pemilihan pembekal perkhidmatan WIFI Selangorku adalah seperti berikut:-

     

     

    Tahun Kontraktor Kaedah Perlantikan Pembekal
    2013 Extol Corporation (M) Sdn Bhd Penelitian dan perbandingan dibuat terhadap semua cadangan yang diterima (10 cadangan). Perlantikan berdasarkan tawaran pembekalan yang menepati kriteria dengan harga paling kompetitif.

     

    Mac 2015 Celcom Axiata Berhad Penelitian dan perbandingan dibuat terhadap semua cadangan yang diterima (11 cadangan). Perlantikan berdasarkan tawaran pembekalan yang menepati kriteria dengan harga paling kompetitif.
    Jun 2015 Telekom Malaysia Berhad Penelitian dan perbandingan dibuat terhadap semua cadangan yang diterima (12 cadangan). Perlantikan berdasarkan tawaran pembekalan yang menepati kriteria dengan

    harga paling kompetitif.

     

  2. Bagaimana dengan kesinambungan pendidikan anak mereka kerana sudah putus punca pendapatan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah menyediakan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dimana ia dirangka khusus bagi membantu anak – anak pekerja ladang dalam melanjutkan pelajaran dan memberi penghargaan kepada mereka di dalam bidang pendidikan sekaligus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pekerja ladang dari segi kewangan. Program – program yang dianjurkan dibawah portfolio ini tidak terhad kepada pekerja ladang yang telah bersara sahaja, namun diperluaskan kepada semua anak – anak pekerja ladang di Negeri Selangor.

     

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta bagi membantu anak – anak pekerja ladang terus maju dalam bidang pendidikan dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

     

    Di antara program yang terdapat di bawah portfolio ini adalah seperti berikut :

     

    1. Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah

    Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi keluarga.

     

    1. Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia

    Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.

     

    iii.                 Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)

    Penyampaian wang adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai motivasi dan penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.

     

    1. Program – program Motivasi Anak Pekerja Ladang (Ad-Hoc) Dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi dan pendidikan di kalangan anak pekerja ladang di dalam menimba ilmu

    Program-program di atas terbuka kepada seluruh anak-anak pekerja ladang di Negeri Selangor dengan disusun dan dipantau oleh Pejabat

Lampiran

Tiada Lampiran.