Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
14) KEBAJIKAN ATLET SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pandangan Kerajaan Negeri berkenaan isu Atlet Negara yang digugur dalam program latihan negara?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dimakluman seramai 41 atlet Selangor tidak disambung kontrak sebagai atlet negara bagi tahun 2022 ini. Jumlah ini merupakan dari Program Podium iaitu seramai 20 atlet dan Program Pelapis Kebangsaan seramai 21 atlet. Pada pandangan Kerajaan Negeri Selangor, ianya merupakan satu kerugian terutamanya bagi atet – atlet dari Program Pelapis Kebangsaan kerana usia mereka masih muda dan memerlukan lebih banyak lagi latihan yang konstruktif kerana atlet – atlet yang terpilih ini adalah yang terbaik. Atlet – atlet ini mengalami kemerosotan prestasi apabila berlakunya pandemik Covid-19.
Namun begitu, pihak Majlis Sukan Negara telah memaklumkan bahawa atlet – atlet ini akan ditawarkan semula ke program negaraberdasarkan prestasi semasa mereka. Perkara ini telah dimaklumkan di Mesyuarat bersama pengarah – pengarah Majlis Sukan Negeri pada 1 Mac 2020 yang lalu di Majlis Sukan Negara.
Melalui Majlis Sukan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri akan memastikan atlet – atet ini sentiasa aktif menjalani latihan masing – masing di pusat latihan negeri, di pusat latihan persatuan kebangsaan dan ada juga di universiti masing–masing. Atlet–atlet ini perlu lebih gigih lagi berlatih dan menyertai kejohanan-kejohanan untuk dinilai semula prestasi semasa mereka bagi pemilihan ke skuad kebangsaan ke Sukan Sea, Sukan Asia dan Sukan Komenwel pada tahun 2022 ini
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan atlet dari Selangor?
Antara usaha pihak Majlis Sukan Negeri bagi atlet – atlet yang tidak disambung kontrak sebagai atlet negara di Majlis Sukan Negara adalah sentiasa memberi galakan dan sokongan moral untuk lebih semangat menjalani latihan. Atlet – atlet ini masih boleh meneruskan latihan di bawah persatuan sukan masing – masing dan mereka juga masih boleh dipertimbangkan untuk mewakili negara sekiranya mereka dapat perbaiki prestasi.
Bagi atlet – atlet yang masih layak untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA), pihak Majlis juga masih meneruskan pemberian elaun kepada atlet yang layak menyertai SUKMA pada tahun 2022 ini. Selain itu, pihak Majlis juga menyediakan platfom bagi atlet yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Atlet – atlet ini juga sentiasa didedahkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan di peringkat Penggerak Belia Selangor (PeBS) seperti kursus – kursus keusahawanan, bengkel kemahiran, dan pelbagai seminar untuk peringkat generasi muda di Selangor ini