Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
46) KEBAJIKAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kawasan ladang dalam Selangor yang direkodkan oleh kerajaan?
Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mendapatkan statistik lengkap jumlah ladang terkini di Negeri Selangor dan jumlah pekerja ladang kerana pekerjaan di ladang bukanlah jenis pekerjaan turun temurun yang mana terdapat ahli keluarga yang berpindah ke luar kelompok ladang berikutan mendapat tawaran kerja di tempat lain atau melanjutkan pelajaran.
Jumlah kawasan ladang di Negeri Selangor yang direkodkan aktif adalah sebanyak 89 ladang. Meskipun kita mengambil maklum akan majoriti pekerja ladang adalah terdiri daripada masyarakat india, namun kini sektor perladangan sebahagian besar telah dimonopoli oleh warga asing. Di sini kita lihat, warga tempatan harus merebut peluang bagi bersaing dengan warga asing untuk meningkatkan semula statistik pekerja ladang yang terdiri dari kalangan warganegara. Berikut adalah senarai ladang dan bilangan pekerja warga tempatan di Negeri Selangor dan sumber ini diperolehi dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW) :
BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA 1 HULU SELANGOR Ladang Changkat Asa
101 orang 2 Ladang Katoyang 17 orang 3 Ladang Kerling 39 orang 4 Ladang Sungai Jernih 69 orang 5 Ladang Kelapa Bali 3 orang 6 Ladang Lima Blas 42 orang 7 Ladang Lima Blas Oil Mill 21 orang 8 Ladang Sungai Gumut 13 orang 9 Ladang Tanjung Malim Oil Mill
36 orang 10 Ladang SMR Factory 24 orang 11 Ladang Hulu selangor
20 orang 12 Ladang Sungai Gapi 17 orang 13 Ladang Sungai Gapi East Division 4 orang 14 HULU LANGAT Ladang Ampertenang
25 orang 15 Ladang Balau 7 orang BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA 16 KUALA LANGAT Ladang Pulau Carey East A
0 orang 17 Ladang Pulau Carey East B 0 orang 18 Ladang Pulau Carey East C 143 orang 19 Ladang Pulau Carey East D
0 orang 20 Ladang Pulau Carey East Oil Mill 45 orang 21 Ladang Pulau Carey West 4 0 orang 22 Ladang Pulau Carey West 6
0 orang 23 Ladang Pulau Carey West 7 202 orang 24 Ladang Pulau Carey South A 0 orang 25 Ladang Pulau Carey South B
0 orang 26 Ladang Pulau Carey West Oil Mill 37 Orang 27 Ladang Bandar 14 orang 28 Ladang Batu Untong 30 orang 29 Ladang Bedford 16 orang 30 Ladang Bukit Cheeding 24 orang 31 LadangBanting Palm Oil Mill 10 orang 32 Ladang Fermanagh Est/OM
60 orang 33 Ladang Kelanang Baru 40 orang 34 Ladang Sungai Bualah
5 orang 35 Ladang Teluk Datoh 19 orang 36 Ladang Tg. Duablas 7 orang 37 Ladang Sime Darby Research 108 orang 36 Ladang Sime Darby Biotech & Lab
8 orang BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA 37 KUALA LANGAT Ladang Sime Darby Seeds & Agricul
45 orang 38 Ladang Sri Langat Oil Mill 49 orang 39 Ladang Sepang B/C 57 orang 40 Ladang Sepang Sungai Linau 37 orang 41 Ladang Sungai Rawang 31 orang 42 Ladang Sepang Oil Mill 0 orang 43 SABAK BERNAM Ladang Sungai Bernam 1 83 orang 44 Ladang Sungai Bernam 2 19 orang 45 Ladang Sungai Bernam Research 7 orang 46 Ladang Sabak Bernam 63 orang 47 KUALA SELANGOR Ladang Berjuntai 15 orang 48 Ladang Bukit Lagong 7 orang 49 Ladang Talang Oil Mill 0 orang 50 Ladang Talang 54 orang 51 Ladang Kampung Baru 62 orang 52 Ladang Rajamusa 119 orang 53 Ladang Bukit Belimbing 15 Orang 54 Ladang Bukit Tagar 104 orang 55 Ladang Nigle Gardener 40 orang 56 Ladang Bukit Rotan Oil Mill
6 orang 57 Ladang Eng Hong 0 orang 58 Ladang Elmina 59 orang 59 Ladang Starthalie 1 orang 60 Ladang Group of B 35 orang 61 Ladang Minyak 58 orang 62 Ladang Minyak Oil Mill 47 orang BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA 63 Ladang Sungai Tinggi 105 orang 64 Ladang Shalimar 21 orang 65 Ladang Sungai Buloh 96 orang 66 Ladang Selangor River 85 orang 67 Ladang Kuala Selangor 44 orang 68 Ladang Sungai Rambai
15 orang 69 Ladang Tennamaram 52 orang 70 Ladang Hopeful 21 orang 71 Ladang Bukit Badong 13 orang 72 Ladang Tennamaram Oil Mill 40 orang 73 Ladang Tuan Mee 38 orang 74 Ladang Caledonian 32 orang 75 Ladang Jeram 17 orang 76 Ladang Bukit Darah 34 orang 77 Ladang Tuan Mee Oil Mill 10 orang 78 KLANG Ladang Bukit Cheraka 97 orang 79 Ladang Bukit Cloh 52 orang 80 Ladang Brounston 23 orang 81 Ladang Bukit Ijok 45 orang 82 Ladang Bukit Kerayong 73 orang 83 Ladang Sungai Kapar 5 orang 84 Ladang Jalan Acob 14 orang 85 Ladang Bukit Kerayong Oil Mill 7 orang 86 Ladang Golconda 14 orang 87 Ladang Golconda Oil Mill 9 orang 88 Ladang Bukit Rajah 14 orang 89 PETALING Ladang Subang 16 orang JUMLAH KESELURUHAN 3211orang -
Berapa ramaikah jumlah pekerja ladang yang dapat direkodkan oleh kerajaan mengikut daerah?
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah usaha dan pencapaian kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan/kediaman pekerja ladang?
Kerajaan Negeri setakat ini belum mempunyai perancangan khusus untuk membantu bekas pekerja ladang yang telah bersara untuk mendapatkan rumah selepas mereka bersara. Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah dan inisiatif dalam menangani masalah ini dengan melaksanakan beberapa siri lawatan dan turun padang ke ladang – ladang di seluruh Negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang berkenaan bagi membantu menjaga kebajikan pekerja
ladang dan secara tidak langsung dapat meringankan beban yang dihadapi dari segi kewangan, pendidikan, sosial serta membantu dalam menyuarakan permasalahan yang dihadapi demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan manfaat kepada semua pihak.
Hal ini dapat kita lihat apabila Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah membantu para pekerja ladang dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dengan membuat lawatan turun padang dari ladang ke ladang untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalami permasalahan mereka. Di bawah portfolio Pekerja Ladang juga, kami telah mengadakan sesi perbincangan bersama majikan pekerja ladang dalam mengekalkan fasiliti sedia ada seperti tapak rumah ibadat serta sekolah-sekolah di kawasan estet sebagai kemudahan pekerja mereka itu sendiri.
Kami amat menitik beratkan nasib pekerja ladang dalam mendapatkan kediaman yang selesa untuk mereka mendiami seperti contoh :
- Ladang Bukit Rajah – Seramai 75 keluarga telah dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun di bawah portfolio Pekerja Ladang. Selain itu juga, Portfolio Pekerja Ladang telah membantu mereka untuk mendapatkan tapak kuil sebagai kemudahan kepada mereka ;
- Ladang Bangi – Seramai 22 orang pekerja ladang telah dibantu bagi mendapatkan persetujuan oleh majikan mereka dalam membina rumah kos rendah dan kos ditanggung oleh majikan itu sendiri ;
- Taman Permata Dengkil – Seramai 393 orang pekerja ladang telah dibantuk bagi mendapatkan tapak untuk pembinaan rumah ;
- Ladang Semenyih – Seramai 22 orang pekerja ladang telah mendapat manfaat berdasarkan perbincangan bersama majikan dan mereka bersetuju untuk membina 22 buah rumah kepada pekerja ladang serta memberikan tapak rumah ibadat ; dan
- Ladang tumbok – Seramai 12 orang telah diberi bantuan untuk mendapatkan
Portfolio Pekerja Ladang masih meneruskan perbincangan sebegini demi memastikan hak dan kebajikan pekerja ladang dijaga. Dengan cara begini, boleh dikatakan satu pencapaian yang agak besar oleh Kerajaan Negeri melalui peningkatan terhadap jumlah pekerja ladang yang dibantu dari tahun- tahun sebelum ini.
Hal ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dalam membantu mengatasi masalah pemilikan dan rumah kediaman yang dihadapi oleh pekerja ladang secara tidak langsung.
Sehubungan dengan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan bina baru rumah serta bantuan baikpulih rumah melalui Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Program ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dan tidak terkecuali kepada bekas pekerja ladang.
Di bawah program ini, Kerajaan Negeri telah membantu beberapa bekas pekerja ladang yang mempunyai tanah di atas milik sendiri untuk membina sebuah rumah yang selesa untuk didiami berpandukan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan nasib bekas pekerja ladang kerana golongan ini dianggap terpinggir dan tumpuan lebih harus diberikan kepada mereka dalam memastikan kebajikan mereka dijaga.