Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

168) KEBAHAGIAAN KELUARGA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan membantu melahir keluarga harmoni yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia?

    Dalam membantu melahirkan keluarga harmoni yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia dengan cara :

     

    • Mewajibkan pasangan    beragama    Islam    mengikuti    Kursus    Pra Perkahwinan yang menekankan beberapa aspek iaitu :
      • Proses perkahwinan dan aspek-aspek penting perkahwinan
      • Pembubaran Perkahwinan
      • Kewangan dan masa
      • Kesihatan
      • Bentuk komunikasi dan stress
      • Akhlak dan hubungan kekeluargaan dalam rumahtangga
      • Akidah dan ibadah

     

    Menganjurkan kursus pasca perkahwinan (JAKIM) mengikut tempoh usia perkahwinan

     

    • 0 – 5 tahun Modul – Bulan Madu
    • 6 -10 tahun – Sehati Sejiwa
    • 11 -20 tahun – Semarak Kasih
    • 20 tahun ke atas – Syurga Cinta
  2. Selangor banyak tekanan hidup. Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengimbangi stress dan mencari keperluan hidup keluarga?

    Kerajaan Negeri menyedari akan situasi masa kini yang penuh cabaran terutama cabaran ekonomi dan sosial bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan keluarga. Bagi tahun 2016, di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Kerajaan Negeri akan melaksanakan beberapa program pembangunan keluarga seperti berikut :

     

    1. Seminar Keibubapaan;
    2. Pengurusan Kewangan Keluarga;
    3. Program Advokasi Keselamatan Kanak-kanak;
    4. Hari Tanpa Gajet; dan
    5. ’Big Girls Talk’ untuk remaja

     

    Program-program yang dirancang ini adalah bagi memberikan input serta panduan kepada para ibubapa serta anak-anak akan beberapa aspek seperti keselamatan, kewangan dan keibubapaan yang diharapkan dapat membantu pengurusan dan hal ehwal keluarga.

  3. Berapakah taska yang wujud dalam premis kerajaan di Selangor?

    Sebanyak 14 buah taska atau pusat jagaan kanak-kanak terdapat di premis kerajaan di Negeri Selangor. Berikut adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai pusat jagaan kanak- kanak:

    • Bangunan SUK Negeri Selangor;
    • Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ);
    • Majlis Perbandaran Klang (MPK);
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS);
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

Lampiran

Tiada Lampiran.