Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
276) KEADAAN TRAFIK DI BANDAR RIMBAYU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini terhadap penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar Bandar Rimbayu, Bandar Saujana Putra dan kawasan perumahan yang bersebelahan memandangkan kajian lalu lintas difahamkan akan dilaksanakan oleh IJM untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini?
Majlis Perbandaran Kuala Langat secara dasarnya telah mengesyorkan cadangan persimpangan bertingkat tersebut. Namun pihak IJM Land perlu mendapatkan sokongan dari pihak LLM sebelum sebarang kelulusan boleh diberikan.
Sehubungan dengan itu, satu kajian lalulintas telah siap dilaksanakan oleh pihak IJM Land. Hasil kajian tersebut adalah cadangan persimpangan bertingkat melalui Lebuhraya SKVE telah dikemukakan kepada pihak MPKL dan pihak IJM Land sedang mendapatkan ulasan dan kelulusan berhubung cadangan persimpangan tersebut daripada pihak SKVE dan LLM.
Selain daripada itu, bagi mengatasi kesesakan persimpangan Jalan Kampung Lombong dan Bandar Rimbayu pula perancangan pembinaan persimpangan bertingkat telah sediada seperti didalam pelan perancangan pembangunan dan keperluan pembinaan akan dikaji semula mengikut keperluan dan kesesuaian pada masa akan datang.