Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
248) KEADAAN TRAFIK DI BANDAR RIMBAYU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dalam sidang DUN yang lepas telah dimaklumkan bahawa kajian lalulintas akan dilaksanakan IJM untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini. Apakah perkembangannya sekarang dan bagaimana IJM dan pemaju-pemaju lain yang berdekatan akan memikul tanggungjawab bersama untuk mengatasi masalah ini?
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengarahkan pihak IJM Land selaku pemaju utama Bandar Rimbayu bagi membuat kajian menyeluruh rangkaian trafik di kawasan ini.
Kesesakan lalulintas adalah kerana laluan trafik bypass daripada Kota Kemuning / Shah Alam ke Putrajaya / KLIA.
Untuk makluman YB kajian menyeluruh bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan Bandar Rimbayu yang juga menjadi laluan utama dari pemaju bersebelahan iaitu Gamuda, Tropicana dan Ecoworld.
Laporan Kajian Lalulintas (TIA) telah dibentangkan oleh pihak Perunding yang dilantik bersama oleh pihak IJM, Gamuda, Tropicana dan Ecoworld di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat MPKL pada 6.9.2022 tetapi terdapat ulasan daripada jabatan teknikal untuk pihak Perunding membuat kajian semula.
Pihak Perunding perlu menyelaraskan semula kajian dan mengambil kira pembangunan IJM dan pembangunan bersebelahan iaitu pihak Gamuda, Tropicana & Ecoworld sebelum mengemukakan hasil kajian kepada pihak majlis semula.
Dijangka laporan akan dikemukakan dan akan dibentangkan oleh pihak Perunding ke MPKL pada 28.10.2022 (Jumaat).