Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
313) KEADAAN MAKAM ANAK DARA TANJUNG KERAMAT KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah keadaan semasa Makam Anak Dara Tanjung Keramat ini berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk dijadikan sebagai potensi pelancongan?
Makam Anak Dara Tanjung Keramat terletak berhampiran dengan beberapa kawasan tapak bersejarah seperti Bukit Tanjung Keramat atau Bukit Belanda, Tangga Seratus, Batu Hampar dan Perigi Beracun yang menjadikan kawasan sekitarnya berpotensi menjadi daya tarikan pelancong. Makam ini berada dalam keadaan yang dijaga dan hanya dibuka kepada pengunjung sekiranya terdapat permohonan.
-
Apakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan proses baikpulih dan naik taraf Makam Anak Dara Tanjung Keramat ini?
Buat masa tiada perancangan untuk menaik taraf Makam ini dan pemantauan secara berkala sentiasa dilaksanakan untuk memastikan makam ini berada dalam keadaan yang baik dan terjaga. Pada masa ini, tiada laluan khas dibina untuk membolehkan akses kepada makam kerana laluan sedia ada merupakan tanah persendirian dan pihak PADAT belum mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf dan membangunkan kawasan tersebut.