Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

13) KEADAAN JALAN RAYA NEGERI YANG BURUK TIDAK RELEVAN DENGAN STATUS MAJLIS PERBANDARAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri mengetepikan tanggungjawabnya sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menaiktaraf jalan raya di kawasan PBT?

    Kerajaan Negeri tidak pernah mengetepikan tanggungjawab untuk menyelenggara dan menaiktaraf jalan raya di kawasan Sepang.

  2. Adakah kerajaan negeri tidak menyediakan peruntukan untuk tujuan penyelenggaraan jalan raya di kawasan PBT?

    Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan MARRIS untuk kerja – kerja pembaikan dan menaiktaraf jalan sistem perparitan di kawasan Sepang. Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM4 juta bagi Dun Dengkil dan Dun Sg Pelek untuk kerja-kerja tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.