Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
204) KEADAAN BANJIR DI KAWASAN SERI KEMBANGAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punya utama yang mengakibatkan banjir di Seri Kembangan?
Lokasi hotspot banjir yang dikenalpasti di kawasan Seri Kembangan adalah Jalan SK9, Bluewater Estate, Lebuhraya Besraya (berhampiran KTM Serdang) dan di dalam kawasan The Mines. Antara punca utama yang menyebabkan banjir di kawasan-kawasan ini adalah limpahan air Sungai Kuyoh dan masalah sistem perparitan dalaman.
-
Apakah tindakan yang telah dan akan dijalankan untuk mengatasi masalah ini?
Bagi tindakan jangka pendek, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah meletakkan pam bergerak tambahan di Jalan SK9. Selain itu, beberapa projek yang telah dan sedang dijalankan di kawasan Seri Kembangan adalah seperti berikut:-
Bagi tindakan jangka masa panjang, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kuyoh, Selangor dengan kos projek sebanyak RM300 juta untuk mengatasi banjir di Lembangan Sungai Kuyoh yang merangkumi kawasan Seri Serdang. Status projek tersebut adalah di peringkat reka bentuk terperinci dan ukur kejuruteraan. Laporan akhir rekabentuk terperinci dijangka siap pada April 2023. Kerja fizikal di tapak dijangka akan bermula pada sukuan keempat tahun 2023. Skop projek tersebut adalah seperti berikut:-
- Pengambilan balik tanah
- Melebar, mendalam dan membina ban Sungai Kuyoh
- Menaiktaraf tebing Sungai Kuyoh
- Membina 1 buah kolam takungan (Kolam 2 – UPM)
Menaiktaraf 2 buah kolam takungan (Kolam 1 – UPM dan Kolam A) Outcome projek dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir di sebahagian besar kawasan banjir di dalam Lembangan Sungai Kuyoh seperti Taman Seri Serdang, Seri Kembangan, UPM dan Jabatan Pertanian.