Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

205) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan daripada hasil cukai dari setiap PBT yang dibayar kepada KDEBWM?

    1. Peratus hasil cukai setiap PBT yang dibayar kepada KDEBWM adalah seperti berikut:-

     

    BIL.

    PBT

    PERATUS HASIL CUKAI DIBAYAR KEPADA KDEB

    1.

    MBSA

    20.66%

    2.

    MBPJ

    21.70%

    3.

    MBSJ

    25.50%

    4.

    MPHS

    26.00%

    5.

    MPSp

    30.00%

    6.

    MPS

    35.00%

    7.

    MPAJ

    35.00%

    8.

    MPK

    37.00%

    9.

    MPKS

    45.00%

    10.

    MDSB

    53.00%

    11.

    MPKL

    54.41%

    12.

    MPKj

    60.00%

  2. Adakah audit bebas telah dilakukan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh KDEBWM?

    Audit bebas terhadap syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) bagi menilai prestasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di PBT Negeri Selangor pernah dibuat oleh Merdeka Strategic Development Centre Bhd. (Merdeka Centre) melalui Kaji Selidik Penilaian (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi PBT Negeri Selagor (Fokus Khas Pengurusan Sisa Pepejal).

  3. Bilakah kali terakhir Kerajaan Negeri membuat kajian kepuasan pelanggan (pembayar cukai) terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh KDEBWM?

    Kaji selidik ini dibuat pada 14 Februari 2020 dan selesai pada 5 Jun 2020 dengan penglibatan seramai 9,618 responden di 12 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.