Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
195) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management dan hutang kepada Kerajaan Negeri Selangor berakhir Disember 2021?
Sehingga 31 Disember 2021, aset-aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management adalah seperti senarai berikut:
Jumlah pinjaman yang telah dibuat oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) kepada Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak RM48,930 juta.
Sehingga ke hari ini, KDEBWM telah membuat bayaran ansuran sebanyak RM9 juta dan baki hutang kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh berakhir 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM39,930 juta. Pinjaman tersebut telah digunakan untuk tujuan seperti ringkasan berikut:
-
Nyatakan kos operasi KDEB sepanjang tahun 2020 & 2021 mengikut pecahan kawasan PBT?
Berkenaan dengan kos operasi KDEBWM di kesemua 12 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), secara keseluruhannya pada tahun 2020, sebanyak RM428,663,912 juta telah dibelanjakan. Bagi tahun 2021 pula, terdapat peningkatan minima sebanyak 6% di mana secara keseluruhannya KDEB Waste Management telah membelanjakan sebanyak RM455,397,046 juta bagi menampung keseluruhan kos operasi yang semakin meningkat. Kos Operasi KDEB Waste Management sepanjang tahun 2020 & 2021 mengikut pecahan kawasan PBT adalah seperti berikut:
Dengan jumlah penduduk seramai 6.5 juta di Selangor, KDEBWM mengendalikan jumlah sampah yang tertinggi di Malaysia iaitu kira-kira 7,000 tan sehari. Walaubagaimanapun, berbanding dengan syarikat-syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, kadar harga yang diberikan kepada KDEBWM adalah paling rendah di Malaysia.
Berdasarkan laporan kewangan tiga (3) syarikat konsesi utama bagi tahun 2020 yang diperolehi daripada portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pendapatan (revenue) ketiga-tiga syarikat tersebut adalah lebih tinggi dari KDEBWM berbanding dengan kuantiti sampah yang diuruskan.
Perbandingan pendapatan (revenue) antara ketiga-tiga syarikat konsesi ini dan KDEBWM berbanding jumlah sampah yang diuruskan sehari oleh ketiga-tiga syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
Berdasarkan jadual di atas, KDEBWM menguruskan sampah yang terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 7,000 tan sehari. Jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan, ternyata KDEBWM adalah sebuah syarikat value for money dan berjaya menguruskan negeri yang menjana sampah paling tinggi di Malaysia dan mampu membuat pelbagai pembaharuan dengan membeli lori kompaktor dan RORO baru disamping memperkenalkan sistem aduan i-Clean Selangor, Centralized Command Center (CCC) dan sebagainya yang melibatkan pelaburan sebanyak hampir RM250 juta.