Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
98) KAWASAN TANAMAN POKOK BAKAU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan kawasan tanaman pokok bakau yang masih ada di Selangor?
Keluasan Hutan Paya Laut (bakau) di negeri Selangor adalah berjumlah lebih kurang 21,194 ha dan Hutan Paya Laut yang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal ialah seluas 18,988.00 ha.
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memelihara kawasan berkenaan?
Bagi memelihara kawasan Hutan Paya Laut (bakau) di negeri Selangor, Jabatan ini telah mengklasifikasikan keseluruhan kawasan ini sebagai kawasan Hutan Perlindungan sepertimana yang diperuntukan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Selain itu, Jabatan ini turut menjalankan rondaan dan pemantauan secara bersepadu khususnya di kawasan persisiran pantai bagi mengesan dan mencegah berlaku pencerobohan dan penebangan kayu bakau secara haram di dalam hutan simpanan kekal dan tanah kerajaan.
Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga turut bekerjasama (blue ocean strategy) dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pihak Polis serta memperoleh maklumat dari penduduk tempatan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pencerobohan di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah kerajaan, dengan menahan pihak tersebut serta mengambil tindakan undang-undang di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.