Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
75) KAWASAN TADAHAN AIR SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila jelaskan secara terperinci sistem saliran dari kawasan tadahan air ke Kolam Effingham.
Kolam Air Effingham mendapat bekalan air daripada Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Sumber bekalan air mentah untuk loji ini adalah daripada Empangan Sg Selangor dan Sungai Tinggi yang menyalurkan air hingga ke muka sauk di Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 1. Selain itu, Sungai Selangor juga mendapat bantuan bekalan air mentah alternatif dari Hybrid off River Augmentation System (HORAS) sekiranya perlu. Bekalan air bersih dari loji LRA SSP1 pula dipam ke Kolam Imbangan Matang Pagar 1 dan disalurkan secara graviti ke Kolam Air Effingham melalui jajaran paip utama.