Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

267) KAWASAN TADAHAN AIR SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan tadahan air dalam Selangor mengikut pecahan daerah

    Di Negeri Selangor terdapat tujuh (7) lembangan sungai utama dan ia melibatkan beberapa daerah dalam sesuatu lembangan sungai seperti jadual berikut:

    Bil. Lembangan Empangan Daerah
     

    1.

    Lembangan Sungai Selangor Sungai Selangor dan Sungai Tinggi Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Gombak
    2. Lembangan Sungai

    Bernam

    Sabak Bernam
    3. Lembangan Sungai Klang Klang Gates, Batu dan Tasik Subang Gombak, Petaling, Klang
     

    4.

    Lembangan Sungai Langat Empangan Sungai

    Langat, Empangan Semenyih

    Hulu Langat dan Kuala Langat
    5. Lembangan Sungai Tengi Kuala Selangor
    6. Lembangan Sungai Buloh Kuala Selangor Petaling
    7. Lembangan Sungai

    Sepang

    Sepang
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin penjanaan air yang mampan (water security and sustainability) bagi menampung keperluan 50 tahun akan datang mengambil kira faktor perubahan iklim yang drastik?

    Terdapat beberapa perancangan Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS bagi menjamin keperluan air dan penjanaan air yang mapan (water security and sustainability) untuk menampung keperluan dalam tempoh 50 tahun akan datang disamping perubahan iklim (climate change) seperti berikut:

     

    1. Lembaga telah menjalankan Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan Aliran Air Banjir di Lembangan Sungai Selangor pada tahun 2013 dengan kerjasama perunding. Objektif utama kajian ialah menjalankan kajian

     

    kebolehlaksanaan penggunaan kolam bekas lombong secara dwifungsi iaitu sebagai kolam takungan bagi tebatan banjir dan juga kolam takungan sumber air yang akan berfungsi sebagai sumber air tambahan jika berlakunya masalah kekurangan sumber air atau kemarau.

     

    Lanjutan daripada itu, pembangunan projek penggunaan kolam bekas lombong tersebut juga dikenali sebagai Kolam Takungan Hiliran (Hybrid off River Augmented System, (HORAS)) merupakan fasa pertama daripada keseluruhan projek pembangunan sumber air di Kuala Selangor. Ia melibatkan penakungan lebihan air dari Sungai Selangor dan juga air dari akuifer bawah tanah.Bagi Fasa Pertama keluasan kolam yang terlibat ialah

    163 hektar dengan kedalaman 27 meter yang akan disambung dengan akuifer bawah tanah. Anggaran kapasiti air mentah ialah 600 Juta Liter/Hari (JLH). Projek ini dijangka siap pada bulan April 2015. Kolam takungan hiliran tersebut akan menjadi sumber air tambahan bagi muka sauk Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 di hilir Sungai Selangor;

     

    1. Pembangunan Fasa Kedua melibatkan kolam takungan aliran banjir Bestari Jaya dengan melibatkan keluasan 3,924 hektar. Ia bertindak secara dwifungsi iaitu sebagai kolam mitigasi banjir dan juga kolam takungan sumber air. Kapasiti takungan sumber air mentah dianggarkan sebanyak 500 juta meter padu (MCM) dan ianya juga mengurangkan 50% kawasan yang dilanda banjir di bahagian hilir Sungai Selangor ketika aliran tinggi (high flow). Perancangan untuk replikasi projek kolam takungan ini juga diperingkat kajian kebolehlaksanaan bagi kolam tebatan banjir Sungai Rasau;

     

    • Pelaksanaan Kajian Sumber Air Bumi Negeri Selangor bagi mengenalpasti akuifer yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber bekalan air dengan langkah pengawalan yang ketat; dan

     

    1. Pembangunan Decision Support System,(DSS) bagi pengurusan Lembangan Sungai Selangor secara holistik di mana pelepasan air empangan akan dilaksanakan secara optima dengan mengambilkira keadaan semasa aliran sungai dan juga ramalan hujan di kawasan tadahan. Pembangunan DSS ini juga akan direplikasi kepada lembangan lain secara berfasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.