Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

228) KAWASAN TADAHAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan tadahan air di Selangor dan jumlah kapasiti air yang boleh dimuatkan.

    Terdapat tujuh (7) kawasan tadahan air empangan Negeri Selangor yang telah diwartakan sebagai kawasan zon perlindungan di bawah seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 pada 2 Disember 2010. Senarai kawasan tadahan air empangan Negeri Selangor berserta jumlah kapasitinya adalah seperti berikut:

     

    Bil. Empangan Keluasan (hektar) Kapasiti (MCM, Juta Meter Padu)
    1. Sungai Selangor 20,219 230
    2. Sungai Tinggi 3,962 114.50
    3. Klang Gates 7,560 22.60
    4. Batu 5,059 27.50
    5. Sungai Langat 3,905.8 36.77
    6. Tasik Subang 1,080.8 3.45
    7. Semenyih 5,692.5 60.4
      JUMLAH 47,479.1 495.22

     

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasan tadahan air di Selangor bebas dari pencemaran?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan semua 7 empangan di Negeri Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 dan tujuan pewartaan ini adalah untuk melindungi empangan dan kawasan tadahannya daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

     

    Pemantauan   berkala   dan   penguatkuasaan  bersepadu   dilaksanakan                          oleh Lembaga bersama operator empangan dan agensi berkaitan seperti Jabatan

     

    Perhutanan bagi memastikan empangan dan kawasan tadahannya tiada pencerobohan daripada aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesan negatif kepada kualiti dan kuantitinya.

     

    Maklumat tambahan

     

    Selain itu, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan bagi isu-isu pencemaran lain melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:

     

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri,

     

    1. Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan

     

    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur dan Kemudahan

     

    Dari segi aspek perundangan pula, cadangan untuk menambahbaik setiap perundangan adalah boleh dipertimbangkan mengikut keadaan semasa.

  3. Nyatakan apakah tindakan kepada pihak yang melakukan pencemaran di kawasan tadahan air?

    Tindakan yang dikenakan kepada pihak yang melakukan pencemaran di kawasan tadahan air adalah dengan pemberian Notis, Kompaun dan sitaan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan di bawah peruntukan Enakmen LUAS 1999.

Lampiran

Tiada Lampiran.