Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

104) KAWASAN SETINGGAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Masih terdapat kawasan setinggan di Negeri Selangor. Nyatakan kawasan ÒSetinggan BandarÓ yang masih ada di Negeri Selangor

    1. Berdasarkan laporan bancian yang dibuat oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga 18 Mac 2011 masih terdapat seramai 3,299 keluarga setinggan  di Negeri Selangor yang belum dipindahkan ke penempatan baru atau diselesaikan. jumlah keluarga setinggan yang belum dipindahkan mengikut PBT adalah seperti berikut :-

     

    Bil. Nama Pihak Berkuasa Temaptan (PBT) Bilangan Setinggan
    1 Majlis Bandar raya Petaling Jaya (MBPJ)
    2 Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) 78
    3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 349
    4 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 141
    5 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 884
    6 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj 256
    7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 963
    8 Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) 71
    9 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 12
    10 Majlis Daerah Sabak Bernam 8
    11 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) 331
    12 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKLgt 206
    JUMLAH 3,299
  2. Adakah bangunan-bangunan perniagaan milik individu tanpa lesen di ÒrezebrezebÓ jalan dikira setinggan. Sekiranya benar apakah tindakan perancangan Kerajaan Negeri.

    1. Bangunan-bangunan perniagaan milik individu tanpa lesen yang terletak atas rizab-rizab jalan tidak dikategorikan sebagai penempatan setinggan. Walau bagaimanapun, bangunan-bangunan perniagaan ini masih dikategorikan sebagai pendudukan tak sah kerana menduduki tanah kerajaan tanpa izin dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965. Tindakan perobohan boleh dilakukan ke atas bangunan yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu, tindakan di bawah Seksyen 425 dan 426A Kanun Tanah Negara juga boleh diambil oleh Pentadbir Tanah berkaitan kepada mana-mana pemilik bangunan yang enggan mengosongkan

     

    Perancangan kerajaan Negeri untuk memastikan golongan peniaga ini tidak terjejas pada masa akan datang ialah dengan menempatkan semula mereka di bangunan-bangunan atau tapak-tapak lain yang dikenal pasti bersesuaian untuk menjalankan perniagaan mereka. kadar sewa yang dikenakan adalah berpatutan dengan jenis perniagaan yang dilakukan supaya golongan peniaga tidak berasa tertekan akibat pemindahan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.