Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
172) KAWASAN RUKUN TETANGGA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon senaraikan jumlah KRT di DUN Dusun Tua.
Kawasan Rukun Tetangga di Negeri Selangor bagi tahun 2023 adalah sebanyak 1091 kawasan yang diselia oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan Negara.
Kawasan Rukun Tetangga di Daerah Hulu Langat pula adalah sebanyak 212 kawasan.
Manakala, Kawasan Rukun Tetangga di dalam DUN Dusun Tua adalah sebanyak 21 kawasan.
-
Mohon senaraikan status aktif KRT serta cara dan kelayakan menubuhkan KRT baru.
Daripada jumlah 21 Kawasan Rukun Tetangga di DUN Dusun Tua, terdapat 18 Kawasan Rukun Tetangga yang AKTIF dan 3 Kawasan Rukun Tetangga yang TIDAK AKTIF.
Berikut adalah senarai 21 Kawasan Rukun Tetangga di DUN Dusun Tua mengikut status keaktifan :