Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

306) KAWASAN RIADAH BUKIT UNGGUL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bukit Unggul/ Bukit Beirut adalah salah satu tempat tumpuan para pendaki dan sukan ekstrim motorcross. Adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf kawasan ini menjadi pusat riadah dan rekreasi?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Bukit Unggul / Bukit Beirut di Dengkil adalah tanah milik persendirian. Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor (TSSB) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) bersedia untuk bekerjasama dengan pemilik tanah untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan dan pusat riadah yang menarik bagi aktiviti pendakian serta sukan ekstrim motorcross. Sebarang pembangunan di kawasan tersebut adalah tertakluk kepada permohonan pemilik tanah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Beberapa cadangan pembangunan infra yang boleh dilaksanakan untuk menaik taraf kawasan ini seperti berikut:

    1. Menyediakan laluan pendakian yang lebih baik bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pendaki. Ini termasuklah pembinaan tangga dan laluan pejalan kaki yang lebih selamat serta penyediaan papan tanda yang menunjukkan arah dan jarak perjalanan;
    2. Menyediakan kemudahan parkir dan kawasan rehat untuk keselesaan pengunjung;
    3. Menaik taraf trek laluan sukan motorcross untuk kemudahan pengunjung;
    4. Menyediakan kemudahan sukan lain seperti running trail, mountain bike trail dan skateboarding untuk menarik minat golongan muda;
    5. Mempromosikan kawasan ini melalui platform media sosial, website rasmi pelancongan serta kempen pemasaran untuk menarik lebih ramai pelancong terutamanya peminat sukan ekstrem;
    6. Menganjurkan festival sukan ekstrem dan acara riadah di kawasan ini untuk menjadikannya pusat riadah terkenal;
    7. Menjalinkan kerjasama dengan pengusaha sukan ekstrem untuk menyediakan pakej pelancongan atau pakej aktiviti keluarga untuk pengalaman riadah secara santai; dan
    8. Melibatkan penyertaan komuniti tempatan dalam proses perancangan dan pengurusan perkhidmatan pelancongan di kawasan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.