Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
165) KAWASAN REKREASI KELUARGA BATU LAUT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kriteria yang menyebabkan kawasan ini mendapat anugerah pantai tercantik di Selangor?
Kriteria penganugerahan adalah:-
- Kawasan tumpuan awam;
- Mempunyai potensi dalam melibatkan penduduk sekitar (penglibatan komuniti);
- Mempunyai daya tarikan secara semulajadi terutamanya yang melibatkan pelbagai pelaksanaan aktiviti/program di kawasan tersebut;
- Berpotensi sebagai sebuah pantai yang mampu menarik ramai orang awam berkunjung ke kawasan tersebut pada bila-bila masa.
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk membangunkan pantai ini?
PBT Bilangan projek Jumlah peruntukan (RM) MDKL 2 157,325.00