Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
167) KAWASAN PESISIR PANTAI TENGGELAM
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menghadapi kawasan risiko kawasan pesisir yang tenggelam akibat kenaikan paras air laut
Bagi menghadapi kawasan pesisir pantai yang berisiko tenggelam akibat kenaikan paras air laut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah meluluskan siling peruntukan pembangunan sebanyak RM36 juta bagi projekprojek pembangunan pantai. Tiga skop utama adalah memperkukuh benteng pantai, kawalan hakisan dan pemeliharaan dan pemuliharaan pantai dan muara. Terdapat 6 projek utama dibawah peruntukan ini. Pecahan projek adalah seperti berikut:
Bil Tajuk Projek Status Kos Kontrak 1 Kerja-kerja membina lapis lindung dan kerja berkaitan di Pantai Morib-Kelanang, Daerah Kuala Langat Siap pada 2017 RM5.3 juta 2 Kawalan hakisan dan memperkukuh benteng pantai di Kawasan pertanian Kuala Selangor
Siap pada Jun 2018 RM6.2 juta 3 Kawalan hakisan dan memperkukuh benteng pantai Blok 1, Blok 2 dan Coastel Belt, Daerah Sabak Bernam
Siap pada Julai 2018 RM3.5 juta Bil Tajuk Projek Status Kos Kontrak 4 Menaiktaraf struktur dan ban pantai Tanjung Rhu, Daerah Sepang
Mula Julai 2018 RM1.5 juta 5 Kerja-kerja menaiktaraf struktur dan ban pantai di Batu Laut, Daerah Kuala Langat Mula Mei 2018 RM2.3 juta 6 Kerja-kerja pembaikan tembok penahan ombak di Pantai dataran Morib, Daerah Kuala Langat
Mula Ogos 2018 RM1.7 juta -
Nyatakan jumlah peruntukan yang dikeluarkan pada 2016-2018 bagi perkara tersebut
Jumlah peruntukan pembangunan negeri dari tahun 2016-2018 bagi projek pembangunan pantai adalah seperti berikut:
Bil Tahun Peruntukan (RM) 1 2016 3.9 juta 2 2017 14.6 juta 3 2018 9.5 juta -
Nyatakan ancaman terhadap penduduk dan peranan Kerajaan Negeri
Ancaman kepada penduduk sekiranya kenaikan paras air laut berlaku adalah kemungkinan untuk berlakunya banjir di kawasan penduduk pesisir pantai. Ini disebabkan limpahan air laut yang menyebabkan ban pantai terhakis dan runtuh. Kerajaan Negeri melalui Jabatan pengairan dan Saliran sentiasa membuat pemantauan pesisir pantai untuk mengetahui kawasan berisiko berlaku limpahan air laut. Pemantauan ini dilakukan setiap bulan sebelum air pasang tinggi berlaku. Terdapat 5 daerah pesisir pantai yang terlibat iaitu Daerah Sepang, Daerah Kuala Langat, Daerah Klang, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sabak Bernam.