Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

153) KAWASAN PERLADANGAN HUTAN SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lokasi, keluasan kawasan dan jenis perladangan hutan di negeri Selangor?

    Keluasan kawasan untuk projek perladangan hutan di dalam hutan simpanan kekal (HSK) di negeri Selangor bagi 2014 adalah berjumlah 5,969

     

     

    Bil. Lokasi Keluasan (Ha) Pihak Bertanggungjawab Jenis tanaman
    1. HS. Bukit Tarek 1,769 PKPS Getah
    2. HS. Rantau Panjang 2,804 PKPS Getah
    3. HS. Rantau Panjang 1,196 PKPS Lain-lain
    4. HS. Sungai Jeloh 200 PKPS Getah

     

  2. Bagaimanakah ukuran nilai komersil bagi perladangan hutan tersebut?

    Nilai komersial bagi perladangan hutan (getah) adalah dari pendapatan susu getah dan pengusahasilan kayu balak. Jumlah pendapatan yang diperolehi dari susu getah bagi 500 pokok/ha adalah dianggarkan sebanyak RM5,544.00 ha/tahun bagi torehan pertama pada tahun ke-7 hingga 25 tahun manakala pengusahasilan kayu balak getah untuk tebangan pada tahun ke-25 adalah dianggarkan berjumlah RM40,000.00 per/ha. Jumlah keseluruhan yang dapat diperolehi bagi setiap hektar ladang getah sehingga mencapai 25 tahun adalah berjumlah lebih kurang RM140,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.