Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011
23) KAWASAN PERKUBURAN
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kawasan perkuburan Islam banyak yang telah penuh dan ada yang tidak terurus, Traktor yang digunakan untuk menggali dan menimbus kubur berkeadaan usang. Berikutan penduduk yang semakin ramai maka kawasan baru telah di buka untuk menampung keperluan masa kini dan ada kawasan yang berlembah dan berair. Ini telah menyulitkan dan menggendalakan urusan pengebumian. Apakah peranan PBT dan Majlis Tempatan dalam menangani permasalahan ini.
-
Disarankan MAIS atau Zakat membantu untuk menyediakan traktor untuk kegunaan pengebumian jenazah menjadi lancar.