Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
49) KAWASAN PERINDUSTRIAN DI DUN SENTOSA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi kawasan perindustrian di DUN Sentosa.
Lokasi kawasan perindustrian di bawah DUN Sentosa melibatkan 3 kawasan utama iaitu:
- Kawasan Perindustrian Sungai Jati
- Kawasan Perindustrian Jalan Kebun Nanas
- Kawasan Perindustrian Klang Jaya
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terhadap kesan alam sekitar di kawasan-kawasan perindustrian?
Setiap pembangunan kawasan perindustrian tertakluk kepada undang-undang dan akta sebelum pemajuan itu dimulakan. Contohnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan juga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bagi pembangunan kawasan perindustrian, pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor akan menetapkan samada pemajuan tersebut perlu disediakan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar sebelum sebarang kelulusan diberikan.