Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
195) KAWASAN PERINDUSTRIAN BARU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan pertumbuhan kawasan-kawasan perindustrian baru di Negeri selangor ?
Sektor perkilangan dan perkhidmatan memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan khusus kepada usaha-usaha pembangunan sektorsektor ini secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya, SSIC Berhad yang bertindak selaku Agensi Sehentian Pelaburan sentiasa mempromosikan kawasankawasan di seluruh Selangor untuk pembangunan perindustrian dan adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pembangunan perindustrian di kawasan luar Lembah Klang bagi mengimbangi pembangunan agar tidak hanya bertumpu di kawasan Lembah Klang sahaja selain memajukan kawasan-kawasan tersebut.
Namun begitu, kesediaan para pelabur untuk melabur di sesuatu tempat didorong oleh pelbagai faktor seperti berikut;-
i.Penawaran buruh di kawasan persekitaran.
ii. Kemudahan infrastruktur dan lain-lain kemudahan asas yang diperlukan seperti bekalan elektrik, air, gas dan kemudahan komunikasi dan internet.
iii.Kewujudan industri sokongan atau perkhidmatan. iv. Jarak kawasan tersebut ke pelabuhan dan ke lapangan terbang.
v.Kos pengangkutan
vi.Kesesuaian tempat untuk sesuatu cadangan projek.
vii.Kewujudan industri sokongan
Anak-anak syarikat kerajaan negeri dan juga pihak swasta adalah digalakkan untuk membangunkan kawasan-kawasan industri yang lengkap dengan infra dan kemudahan asas bagi memudahkan para pelabur untuk beroperasi di kawasan tersebut.
Bagi membantu pihak pemaju untuk merealisasikan cadangan pembangunan mereka, pihak SSIC sentiasa memberikan khidmat bantuan bagi menyelaras permohonan kelulusan pembangunan yang diperlukan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.
Selain itu, SSIC juga turut membantu pihak pemaju untuk mempromosikan kawasan pembangunan mereka kepada para pelabur yang berminat.
-
Sila senaraikan kawasan-kawasan perindustrian yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun yang lalu mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor.?
Senarai kawasan-kawasan perindustrian yang dibangunkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut;-
Bil. Daerah Senarai KawasanKawasan Industri Pemaju Keluasan (Ekar) 1. Majlis Daerah Sabak Bernam – Tiada – – Tiada – – Tiada – 2. Majlis Daerah Kuala Selangor 1. Asahi Industrial Area, Ijok Asahi Development Sdn Bhd. 20 ekar 2. Taman Industri Alam Jaya,
Puncak Alam
Plentifield Sdn Bhd 131 ekar 3. Majlis Daerah Hulu Selangor 1. Laman Gapimas Ind Area, Antara
Gapi
YPS Development 19 ekar 2. Kaw Ind. Sg Choh, Sg Choh Sin Heap Lee Dev. 57.986 ekar 4. Majlis Perbandaran
Selayang
1) Kawasan Perindustrian
Permai Puteri
Tanjung Balai Holdings 14 ekar 5. Majlis Perbandaran
Klang
1. Pulau Indah Ind. Park (Ph 3A) Central Spectrum (M) Sdn Bhd 680 ekar 2. Worldwide Industrial Park,
Kapar
Worldwide Holdings 300 ekar 6. Majlis Bandaraya
Shah Alam
1. Elmina Ind Area, Sime Darby Elmina Dev. Sdn Bhd 96.05 ekar 7. Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
– Tiada – – Tiada – – Tiada – 8. Majlis Perbandaran
Subang Jaya
1. Taman Perindustrian
Kasut Sri
Kembangan,
Fine Leather Industry Sdn Bhd 30.14 ekar 2. Taman Bukit Serdang, Sect. 7 Seri Kembangan Pesat Bumi Sdn Bhd 10.14 ekar 9. Majlis Perbandaran
Ampang Jaya
-Tiada – – Tiada – – Tiada – 10. Majlis Perbandaran
Kajang
1. Budiman Ind. Park, Sg Long Pujangga Budiman Sdn Bhd 11. Majlis Daerah Kuala Langat 1. Bandar Mahkota Banting Ind Park Che Kiang Realty Sdn Bhd (Lion Group) 350 ekar 12. Majlis Perbandaran
Sepang
1. Selangor Science Park II, Bukit Baja
PKNS 1,300 ekar 2. Tanjung Balai Ind Area Tanjung Balai Group 700 ekar 3. Taman Perindustrian
Meranti Utama
4. Taman Perindustrian
Meranti Perdana