Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

191) KAWASAN PENIAGA KECIL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mewujudkan Kawasan Khas Baru di setiap PBT bagi memberi peluang perniagaan makanan dan minuman?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dalam tindakan menyediakan dan mengemaskini Garis Panduan Trak Bergerak Makanan, Barangan dan Perkhidmatan Negeri Selangor bagi memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha untuk berniaga secara berlesen di kawasan yang telah ditetapkan oleh PBT.

  2. Mohon nyatakan statistik (1) gerai dan peniaga yang dikenakan tindakan kerana berniaga tanpa lesen dan (2) Nilai barangan yang dirampas.

    Berikut adalah statistik gerai dan peniaga yang dikenakan tindakan kerana berniaga tanpa lesen dan statistik nilai barangan yang dirampas mengikut PBT :

    PBT BILANGAN GERAI DAN PENIAGA NILAI BARANGAN YANG DIRAMPAS (RM)
    MBSA 839 2,412.00
    MBPJ 794 240, 582.00
    MPK 403 22,000.00
    MPAJ 1,216 140,500.00
    MPSJ 339 27,120.00
    MPS 399 80, 000.00
    MPKj 455 129,800.00
    MPSp 173 0
    MDKL 65 16,250
    MDHS 48 10,200.00
    MDKS 52 29,250.00
    MDSB 86 1,000.00
    JUMLAH 4869 699,114.00

Lampiran

Tiada Lampiran.