Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
84) KAWASAN PENEROKA BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah terkini keluasan tanah kerajaan yang diduduki oleh peneroka bandar di seluruh Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah keseluruhan Peneroka Bandar yang masih tinggal di atas tapak adalah berjumlah 2,542 keluarga seperti di Lampiran 1.
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mencapai sifar peneroka bandar di Selangor?
Dasar Kerajaan Negeri bagi mencapai sifar Peneroka Bandar adalah melalui cara yang lebih berhemah dan mengambilkira pandangan semua pihak termasuk Peneroka Bandar yang akan dipindahkan. Kerajaan Negeri akan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Peneroka Bandar berkenaan sebelum diputuskan sama ada perobohan akan dijalankan atau dikekalkan di atas tapak. Kerajaan Negeri juga amat menitikberatkan kebajikan dan kemampuan kewangan Peneroka Bandar sebelum dipindahkan ke penempatan baru. Kerajaan Negeri juga masih mengekalkan dasar bagi penempatan Peneroka Bandar baru akan dirobohkan manakala penempatan Peneroka Bandar sedia ada atau yang membawa kes ke mahkamah akan dipertimbangkan mengikut keperluan semasa. Kerajaan Negeri juga akan memastikan setiap operasi perobohan yang akan diadakan tidak memberi pandangan negatif kepada Peneroka Bandar dan orang awam. Selain itu program penawaran Rumah Selangorku juga ditawarkan kepada Peneroka Bandar yang layak memohon untuk memiliki rumah.