Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
193) KAWASAN PENANAMAN PADI YANG SEMAKIN MENGECIL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan terhadap tindakan pesawah yang menukar penanaman padi kepada tanaman lain yang lebih memberi keuntungan?
Dasar Kerajaan adalah memastikan keterjaminan makanan mencukupi dan IADABLS bersama-sama Jabatan Pertanian buat masa ini tidak menyokong sebarang permohonan penukaran penanaman padi ke tanaman lain atau bertukar fungsi memandangkan Kerajaan menyediakan pelbagi insentif. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menambahbaik insentif sediaada bagi keuntungan yang setara. Pengurangan keluasan bertanam sehingga 5% buat masa ini menjadi titik tolak untuk IADABLS bersama-sama Jabatan Pertanian untuk tidak menyokong sebarang permohonan penukaran penanaman padi ke tanaman lain atau bertukar fungsi.
-
Apakah usaha kerajaan dalam mengekang tindakan atau trend dari terus berlaku?
Kerajaan Negeri telah menyediakan Insentif Bantuan Pesawah berjumlah RM500.00/hektar (RM200.00 tunai – melalui Agrobank dan RM300.00 input pertanian). Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kadar baharu Insentif Pembajakan dan Insentif Penuaian di mana pesawah akan menerima bantuan tunai berjumlah RM 210 per hektar per musim.
Selain itu, insentif belian padi juga telah dinaikkan daripada RM300.00/tan kepada RM500.00/tan dan kenaikan harga lantai belian padi kepada RM 1,300 daripada RM 1,200 per tan metrik yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Oktober 2023 dalam Belanjawan 2024 menyuntik semangat golongan petani untuk meningkatkan pengeluaran padi.
Nota Ringkas Data Padi IADABLS Terkini:
Luas Pasel Kawasan Padi (Tahun 2017) : 19,057 hektar
Luas Pasel Kawasan Padi (Tahun 2022) : 18,786 hektar
Luas Pasel Kawasan Padi (Tahun 2023) : 18,854 hektar
Luas Pasel Kawasan Padi (Tahun 2024) : 18,795 hektar
Luas Bertanam (Tahun 2017) : 18,354 hektar
Luas Bertanam (Tahun 2022) : 17,709 hektar
Luas Bertanam (Tahun 2023) : 17,497 hektar
Luas Bertanam (Tahun 2024) : 17,484 hektar
Sumber: IADA Barat Laut Selangor