Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
260) KAWASAN PENANAMAN PADI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah lot tanah yang sudah tidak diusahakan untuk penanaman padi bagi tahun 2023?
Buat masa ini, jumlah lot tanah tidak diusahakan untuk penanaman padi pada tahun 2023 adalah sebanyak 898 lot dengan jumlah keluasan 1,077 ha.
-
Apakah insentif yang Kerajaan Negeri berikan kepada petani bagi meningkatkan pendapatan?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan insentif berjumlah RM8.86 juta bagi perolehan input pertanian dan peralatan.