Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

10) KAWASAN PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tiadanya tempat pelupusan sampah berdekatan seperti di Bangi, berlakunya pembuangan sampah secara haram dan tidak terkawal dan menjadi masalah kesihatan bagi penduduk. Berapakah tempat pelupusan sampah di negeri Selangor

    Terdapat 4 Tapak Pelupusan Sampah Terbuka (Dumpsite) di Negeri Selangor iaitu di
    Ampar Tenang, Bukit Beruntung, Sg. Sedu dan Panchang Bedena. Dua Tapak Sisa
    Pepejal (Sanitari) di Jeram dan Tanjung Dua Belas. Dan seterusnya 2 Tapak Sisa
    Pepejal Lengai (Inert) di Dengkil dan Kuang.

  2. Benarkah jarak kawasan pelupusan yang jauh menyebabkan pihak pemungut sampah membuangnya dimerata tempat hingga mencemarkan kawasan setempat

    Ini adalah disebabkan oleh kegiatan pengusaha barangan lusuh yang amat berleluasa
    dan seterusnya mengakibatkan sampah yang sepatutnya dihantar ke kawasan
    pelupusan tidak sampai. Selain itu, faktor keluasan tanah juga turut menyumbang
    kepada jarak kawasan pelupusan sampah ini. Adalah sukar untuk setiap PBT
    mempunyai tapak pelupusan sampah sanitari oleh sebab kekurangan tanah.

  3. Apakah kaedah terbaik dijangka dibuat untuk pelupusan sampah di masa hadapan.

    Kerajaan Negeri sedang melihat beberapa opsyen untuk melupuskan sampah dengan
    lebih berkesan di masa hadapan. Antaranya ilah melihat keberkesanan incinerator
    berskala kecil, teknologi Material Recovery Facilities (MRF) dan Refuse Derived Fuel
    (RDF) untuk dilaksanakan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.