Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

180) KAWASAN PELANCONGAN DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kawasan pelancongan berpotensi di Selangor mengikut PBT?

    Jumlah kawasan pelancongan berpotensi di Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut;

     

    1) Majlis Bandaraya Shah Alam (16 produk pelancongan)

     

    Bil Kawasan Pelancongan
    1 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    2 i-City
    3 Perpustakaan Raja Tun Uda
    4 Muzium Sultan Alam Shah
    5 Kompleks Yayasan Restu
    6 Galeri Shah Alam
    7 Kompleks PKNS
    8 SACC Convention Center
    9 Taman Tasik Shah Alam
    10 Taman Botani Negara Shah Alam
    11 Taman Tema Air Wet World
    12 High 5 Bread Town
    13 Laman Seni 7
    14 Stadium  Shah Alam
    15 Shah Alam Extreme Park
    16 Stadium Malawati

     

     

    2) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (3 produk pelancongan)

     

    Bil Kawasan Pelancongan
    1 Kidzania
    2 Taman Bandaran Kelana Jaya
    3 Bukit Gasing

     

     

    3) Majlis Perbandaran Subang Jaya (5 produk pelancongan)

     

    Bil Kawasan Pelancongan
    1 Sunway Lagoon
    2 Farm in The City
    3 Asian Watersports Village, Puchong
    4 Sunway Pyramid
    5 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

     

     

    4) Majlis Perbandaran Klang (20 produk pelancongan)

     

    Bil Kawasan Pelancongan
    1 Istana Alam Shah
    2 Galeri DiRajaSultan Abdul Aziz
    3 Pelabuhan Klang
    4 Jambatan Kota
    5 Masjid India Muslim, Jalan Tengku Kelana
    6 Masjid Bandar Klang
    7 Stadium Kota Pagi
    8 Gedung Raja Abdullah
    9 Pengkalan Batu
    10 Raja Mahadi Fort
    11 Taman 100
    12 Taman Bandar DiRaja Klang
    13 Taman Monumen Keris
    14 Taman Rakyat
    15 Tanjung Harapan
    16 Jalan Tengku Kelana “Little India”
    17 Kelab DiRaja Klang
    18 Laguna Park, Pulau Indah
    19 Pulau Ketam
    20 Masjid DiRaja Sultan Suleiman

     

     

    5) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (4 produk pelancongan)

     

    1 Taman Rimba Ampang
    2 Bukit Saga
    3 Bukit Tabur Dam
    4 Hutan Lipur Batu Asah

     

     

    6) Majlis Perbandaran Sepang (11 produk pelancongan)

     

    1 Kuala Lumpur International Airport
    2 KLIA 2
    3 Sepang International Circuit
    4 Avani Sepang Goldcoast Resort
    5 Muzium Automobil Negara
    6 Pantai Bagan Lalang
    7 Cyberjaya
    8 Dpulze Cyberjaya Shopping Centre
    9 IOI City Mall
    10 Homestay Banghuris
    11 Masjid KLIA

     

     

    7) Majlis Perbandaran Selayang (13 produk pelancongan)

     

    1 Batu Caves
    2 Hutan Lipur Kanching
    3 Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
    4 Templer Park
    5 Gua Damai
    6 Tasik Biru Kundang
    7 Hutan Lipur Sungai Tua
    8 Air Terjun Sungai Pisang
    9 Commonwealth Forest Park
    10 Zoo Negara
    11 Selangor Culture Cove
    12 Hutan Rekreasi Bukit Lagong
    13 Homestay Bougainvillea Sungai Kertas

     

     

    8) Majlis Perbandaran Kajang (17 produk pelancongan)

     

    1 Chongkak Park & Resort
    2 Bukit Broga
    3 Gunung Nuang
    4 Hot Springs Dusun Tua
    5 Air Terjun Sg Tekala
    6 Air Terjun Sg Gabai
    7 Sungai Pangsun
    8 Masjid Jamek
    9 Tasik Cempaka
    10 Galeri Satay
    11 Rabbit Fun Land
    12 Ostrich Wonderland
    13 Fish Valley @ Semenyih
    14 Paradise Valley
    15 Agrotek Batu 15
    16 Rumah Buluh Betong Resort Living
    17 Ecotouria Resort

     

     

    9) Majlis Daerah Kuala Langat (18 produk pelancongan)

     

    1 Pantai Morib
    2 Muzium Insitu Jugra
    3 Paragliding, Bukit Jugra
    4 Masjid Sultan Alaedin
    5 Perahu Layar Pantai Batu Laut
    6 Paya Indah Wetlands
    7 Dong Zen Temple
    8 Istana Bandar
    9 Pantai Kelanang
    10 Hatters Castle
    11 Muzium  Orang Asal Mahmeri, Pulau Carey
    12 Kuan Wellmess Eco Parl, Tanjung Sepat
    13 Laman Kraf Tani
    14 Homestay Sungai Lang
    15 Homestay Kampung Batu Laut
    16 Homestay Kampung Endah
    17 Homestay Kanchong Darat
    18 Homestay Kampung Kundang

     

     

    10) Majlis Daerah Kuala Selangor (7 produk pelancongan)

     

    1 Bukit Malawati
    2 Pantai Remis, Jeram
    3 Kelip-kelip Kampung Kuantan
    4 Taman Alam Kuala Selangor
    5 Masjid Sultan Ibrahim
    6 Taman Ikan Air Tawar
    7 Homestay Sungai Sireh

     

     

    11) Majlis Daerah Hulu Selangor (10 produk pelancongan)

     

    1 Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu
    2 Rumah Rehat Sri Berkat
    3 Kalumpang Resort & Training Centre
    4 Cholo-cholo Resort & Restaurant
    5 Warisan Bernam Heritage Agro & Country Resort
    6 Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian
    7 Homestay Sungai Tengi
    8 Sekeping Serendah
    9 Perkampungan Orang Asli Hulu Selangor
    10 Pusat Pengajian Tinggi Darul Quran
       
     

    12) Majlis Daerah Sabak Bernam (18 produk pelancongan)

     

    1 Sabak Bernam Waterfront
    2 Sabak Bernam Mini Convention Centre (SBMCC)
    3 D’Muara Marine Park, Sungai Haji Dorani
    4 Bagan Nakhoda Omar
    5 Sekinchan
    6 Kelong Paradise Waterfront Resort
    7 Dataran Tongkat 10
    8 Lubuk Pusing Bagan Terap
    9 Pusat Pemeliharaan dan Menara Tinjau Burung Enggang
    10 Kelip-kelip, Sungai Pakeh
    11 Masjid Jin
    12 Pusat Pemerhati Burung
    13 Homestay Sungai Haji Dorani
    14 Air Manis Homestay
    15 Homestay Batu 23 Sungai Nibong
    16 Homestay Seri Kayangan
    17 Homestay Sepintas
    18 Homestay Papitusulem
  2. Apakah perancangan dan pelan tindakan yang telah dibuat sempena Tahun Melawat Selangor 2015?

    Seperti yang telah sedia maklum bahawa tahun 2015 merupakan Tahun Melawat Selangor (TMS) dan pelbagai persiapan dari aspek promosi dan acara sedang dijalankan dan ianya merupakan platform yang paling baik untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor.

    Tahun Melawat Selangor ini bertujuan untuk mempromosikan negeri Selangor di dalam dan di luar negara bagi meningkatkan ekonomi negara serta memberikan pulangan pelaburan kepada semua rakan industri utama.

    Selain itu juga TMS bertujuan untuk menetapkan target dan standard dalam industri pelancongan negara bagi meningkatkan lagi produk dan perkhidmatan.

    Tema “Discover Selangor” telah dipilih kerana Tahun Melawat Selangor 2015 merupakan masa yang tepat bagi pelancong untuk meneroka dan mengalami produk pelancongan melalui tiga aspek utama pelancongan negeri itu yang telah dikenal pasti termasuk Alam, Sukan & Acara Sukan dan Warisan.

    Berdasarkan trend kenaikan kedatangan pelancong sejak tahun 2012 hingga 2014 telah menunjukkan meningkat sebanyak 3 hingga 5 peratus.  Sasaran utama pelancong adalah dari Negara Asian, Timur Tengah dan India.  Bagi Tahun Melawat Selangor 2015, sasaran pelancong yang akan datang melawat ke Negeri Selangor adalah sebanyak 7,000,000 pelancong.

    Di antara pelan tindakan yang telah dirancang untuk menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015 adalah seperti berikut;

    1. Rancangan aktiviti-aktiviti promosi dalam dan luar negara
    2. Acara-acara pelancongan sepanjang tahun 2015
    3. Pemasaran yang meliputi pengiklanan media cetak
    • Rancangan aktiviti-aktiviti promosi dalam dan luar negara

    Bagi mmastikan Tahun Melawat Selangor 2015 mencapai objektif, Tourism Selangor telah merancang beberapa aktiviti promosi dalam dan luar negara.   Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut;

    Bil Aktiviti- Aktiviti Bilangan
    Program Promosi
    1 Program Promosi Dalam Negara 5 program
    2 Program Promosi Luar Negara 8 program

     

    • Acara-acara pelancongan sepanjang tahun 2015

    Acara-acara pelancongan sepanjang tahun 2015 terbahagi kepada;

    Bil Aktiviti- Aktiviti Bilangan
    Acara-acara Pelancongan
    1 Acara-acara Utama 9 acara
    2 Acara –acara Sampingan 5 acara
    3 Acara-acara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 6 acara

     

    • Pemasaran yang meliputi pengiklanan media cetak

    Selain daripada aktiviti promosi dalam negara, promosi luar negara dan acara-acara pelancongan, Tourism Selangor turut merancang untuk mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2015 melalui pengiklanan media cetak. Sebanyak 13 jenis media cetak yang dipilih dari pelbagai bahasa dan mengikut sasaran pembaca untuk mempromosikan Tahun Melawat Selangor. Antaranya ialah, Santai, Gaya Travel, Kiosk Magazine, KL Vision, Going Places dan banyak lagi.

    Pengiklanan melalui media cetak ini memberikan perhatian yang luas tentang produk-produk yang terdapat di dalam Industri Pelancongan yang ada di Negeri Selangor. Artikel tentang produk pelancongan di Selangor dan maklumat tentang Tahun Melawat Selangor 2015 merupakan agenda utama yang telah dan akan dipaparkan dan diwar-warkan di dalam media cetak yang dipilih.

Lampiran

Tiada Lampiran.