Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

140) KAWASAN PELANCONGAN BARU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan pelancongan baru yang wujud di Selangor.

    Antara kawasan pelancongan baru yang wujud di Negeri Selangor adalah seperti yang berikut:

    • Mitsui Outlet Store, Sepang
    • District 21, IOI City Mall, Sepang
    • Jump Street KL, Petaling Jaya
    • E-Nerz Extreme Park, Subang Jaya
    • Orange Hotel, Kota Kemuning
    • Sri Mahamariamman Midlands Temple, Seksyen 7, Shah Alam
    • Four Points by Sheraton, Puchong
    • IDCC, Shah Alam
    • Kuala Selangor Rabbit Farm, Bukit Melawati, Kuala Selangor
    • A+ Boutique Hotel, Sekinchan
    • Rumah Amma, Sekinchan
    • Sekinchan Classic Car, Sekinchan
    • One City Hotel, USJ Subang
    • One City Mall, USJ Subang
    • The Place, USJ Subang
    • Oasis Square, Ara Damansara
  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri menaiktaraf beberapa kawasan lombong lama di sekitar Selangor sebagai kawasan pelancongan seperti Paya Indah Wetland, Dengkil?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor telah merancang pelbagai program untuk membangunkan dan menaiktaraf beberapa kawasan tinggalan lombong di sekitar Selangor untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan. Antara usaha yang telah dijalankan melalui Tourism Selangor ialah:

    1. Lawatan Produk.    Lawatan    Produk    ini    dijalankan    oleh Jabatan Pembangunan Produk       Tourism   Selangor dengan     kerjasama Pihak

    Berkuasa Tempatan (PBT), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tourism Malaysia Selangor, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Selangor, yang diadakan pada setiap bulan untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Selangor yang berpotensi dijadikan dan dibangunkan sebagai pusat pelancongan. Melalui lawatan produk ini, pelbagai agenda dan perkara yang dibincangkan antaranya status tanah, lesen perniagaan pengendalian pelancongan, kemudahan infrastruktur, aspek keselamatan, nilai komersial, pelan pemasaran dan sebagainya. Dengan adanya lawatan ini,  pelbagai masalah dalaman dapat dirungkaikan dan diselesaikan bersama bagi membangunkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pelancongan.

    Untuk mengangkat sesebuah tempat menjadi tempat pelancongan perlu merujuk Undang-Undang Malaysia di bawah Akta 482, Akta Industri Pelancongan 1992. Kementerian menguatkuasakan akta-akta dan peraturan berikut :

    • Akta Industri Pelancongan 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Pemandu Pelancong) 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan Institutsi Latihan Pelancongan) 1994;
    • Peraturan-Peraturan Industri        Pelancongan                                             (Mengkompauan Kesalahan-Kesalahan) 1992;
    • Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dan
    • Peraturan-Peraturan Kenderaan     Pelancongan    (Pelesenan dan Pengawalan Kenderaan Pelancongan)
    1. Kajian, dokumentasi dan publisiti. Bagi mengangkat sesebuah tempat untuk mencapai nilai destinasi pelancongan, Kerajaan Negeri turut menjalankan beberapa kajian dan dokumentasi serta publisiti dan promosi yang berterusan melalui kerjasama bersama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Tourism Selangor sendiri sebagai badan pelancongan negeri.

    Walau bagaimanapun, bagi menjalankan sesuatu kajian atau dokumentasi, Kerajaan Negeri buat masa ini hanya memberi keutamaan kepada produk- produk pelancongan yang difikirkan berpotensi untuk diangkat sebagai produk utama pelancongan negeri serta bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Terdapat beberapa PBT yang telah berusaha untuk membangunkan kawasan-kawasan lombong ini seperti:

    • MPS : Lombong Arang Batu, Batu Arang
    • MPSp : Lombong Timah Langat dan Selangor Dredging

    Kedua-dua PBT ini sedang memperhalusi kertas-kertas kerja ini untuk diangkat Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Daerah bagi  tindakan yang seterusnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.