Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
231) KAWASAN PAJAKAN LOMBONG KUARI DALAM DUN RAWANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan nama syarikat,lot tanah serta tempoh pajakan untuk lombong kuari dalam Rawang.
Berikut merupakan senarai nama syarikat, lot tanah serta tempoh pajakan untuk lombong dan kuari di Rawang:
i. Pajakan melombong
Nama Syarikat Lot Tanah Tempoh Pajakan Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC) Lot 20146 Pajakan Melombong ML3/2015
Tempoh pajakan: 21 tahun
Tarikh habis tempoh: 25 April 2025
- Pajakan kuari
Nama Syarikat Lot Tanah Tempoh Pajakan TQ Kuari Sdn. Bhd.
Mukim Rawang, Daerah Gombak
Lot 5004
Lot 5005
Lot 5006
Mukim Rawang, Daerah Ulu Selangor
Lot 4750
Lot 4751
Lot 4752
Hakmilik kekal
Sunway Quarry Industries Sdn. Bhd.
Mukim Rawang, Daerah Gombak
Lot 14256
Lot 14257
Hak milik kekal
Kuari Permata Sdn Bhd
*Tiada LAQ dikeluarkan
Mukim Rawang, Daerah Gombak
Lot 4745
Lot 4746
Lot 4747
Lot 4748
Lot 4749
Lot 4753
Lot 4754
Lot 4755
Lot 4756
Hak milik kekal
Sri Rawang Properties Sdn Bhd
Operator: Hanson Quarry Product Sdn. Bhd.
Lot 1506
Hak milik kekal.
Pajakan kepada operator kuari daripada Januari 2015 sehingga
2025
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan terhadap tanah pajakan kuari kepada APMC dan LAFARGE untuk lanjutan tempoh pajakan?
Syarat-syarat yang dikenakan kepada APMC selaku pemegang pajakan melombong (ML3/2015) untuk permohonan pelanjutan pajakan adalah :
Menurut Enakmen Mineral (Selangor) 2000 , Perkara 66 subseksyen (1) menyatakan suatu pajakan melombong hendaklah diberikan selama hayat ekonomi maksimum lombong atau pengendalian melombong itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi tidak boleh melebihi suatu tempoh permulaan selama dua puluh satu tahun. Di dalam kes ML3/2015 yang diberikan atas nama penerima pajak, Associated Pan Malaysia Cement Sdn. Bhd. (APMC), tarikh pendaftaran pajakan adalah 26 April 2004 dan tarikh habis pajakan adalah pada 25 April 2025.
Perkara 66 subseksyen (2), Enakmen Mineral (Selangor) 2000, turut menyatakan bahawa suatu pajakan melombong boleh diperbaharui keseluruhannya atau sebahagiannya selama tempoh berdasarkan hayat ekonomi lombong atau pengendalian melombong itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi pembaharuan ini tidak boleh melebihi dua puluh satu tahun.
Permohonan untuk memperbaharui suatu pajakan melombong hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan melombong itu. Perkara ini dinyatakan di dalam Perkara 66 subseksyen (3) Enakmen Mineral Selangor (2000). Pengarah dalam enakmen ini membawa maksud Pengarah Tanah dan Galian Negeri yang dilantik di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara dan termasuklah Timbalan Pengarah Tanah dan Galian yang dilantik di bawahnya.
Jika permohonan untuk memperbaharui suatu pajakan melombong dibuat kepada Pengarah sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan itu, Pengarah hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh pendaftaran permohonan pembaharuan pajakan melombong, membaharui pajakan itu jika:
- Penerima pajak telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan asal;
- Penerima pajak telah mematuhi kehendak enakmen ini;
- Penerima pajak boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Pengarah bahawa terdapat rizab mineral yang mewajarkan suatu pembaharuan atau terdapat keperluan untuk mengekalkan harta itu untuk digunakan sebagai suatu bahagian integral pengendalian melombong di atas lombong yang bersempadanan; dan
- Dalam hal suatu permohonan untuk membaharui pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, suatu pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan telah
Jika permohonan pembaharuan pajakan melombong ditolak oleh Pengarah, penolakan tersebut hendaklah disampaikan kepada penerima pajak tersebut secara bertulis dengan menyatakan sebab-sebab penolakan. Perkara ini telah dinyatakan dalam Perkara 66 subseksyen (6), Enakmen Mineral Selangor (2000). Namun demikian, rayuan bertulis boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri jika terdapat mana-mana pihak yang terkilan dengan keengganan Pengarah untuk membaharui pajakan melombong.
Pengarah juga dikehendaki dengan seberapa segera yang praktik selepas permohonan untuk membaharui pajakan melombong itu diluluskan, untuk melakukan suatu pengendorsan kepada kelulusan itu. Pengendorsan kelulusan membaharui pajakan melombong tersebut hendaklah di buat di bawah tandatangan dan meterainya, termasuk tarikh baru habis tempoh pajakan melombong tersebut untuk direkodkan dalam daftar.
Jika permohonan untuk membaharui pajakan melombong tersebut dibuat kepada Pengarah sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan dan pajakan tersebut sepatutnya habis tempoh jika tidak kerana subseksyen ini, maka dengan itu, pajakan tersebut hendaklah terus berkuat kuasa berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan tersebut sehinggalah permohonan pembaharuan tersebut ditentukan.
Namun yang demikian, jika permohonan membaharui pajakan melombong ini dibuat kurang dari dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan, Pengarah mempunyai kuasa untuk menimbang bagi memberi kelulusan kepada permohonan itu jika ianya memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (5). Pengarah juga dikehendaki untuk mengenakan suatu fi pengemukaan lewat ke atas penerima pajak itu, apabila pajakan diperbaharui, mengikut apa-apa amaun yang ditetapkan.
-
Apakah perancangan pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar yang dikenakan terharap syarikat kuari?
Perancangan pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar yang ditetapkan terhadap syarikat kuari adalah bersifat progresif ataupun bergerak seiringan dengan pembangunan dan operasi sesebuah kuari. Kesemua kuari di Rawang adalah di bawah hak milik kekal dan perancangan bagi sesuatu tanah selepas aktiviti kuari tamat adalah terletak kepada perancangan pihak tuan tanah tetapi pada masa yang sama masih tertakluk kepada undang- undang tempatan. Buat masa kini, tiada kewajipan di bawah Kaedah-kaedah Kuari Selangor 2003 bagi pemulihan alam sekitar bagi operasi
Perancangan pemulihan yang ditetapkan kepada pengusaha kuari adalah lebih berbentuk kepada kerja-kerja rehabilitasi kawasan yang telah dan sedang diusahakan. Kerja rehabilitasi kuari akan dijalankan seiringan dengan operasi sesuatu kuari.
Manakala perancangan pemeliharaan alam sekitar yang ditetapkan kepada pengusaha kuari adalah meliputi pemeliharaan dari segi udara, air dan estetika (pandangan). Di antara langkah kawalan alam sekitar yang ditetapkan kepada pengusaha kuari adalah :
- Kawalan reka bentuk peletupan bagi aktiviti peletupan bahan batuan bagi menjamin keselamatan dari impak batuan terbang, gegaran dan ledakan
- Kawalan dan pengurusan sisa yang meliputi tanah beban (overburden), air larian permukaan (surface run off) dari bukit atau muka kuari, sisa buangan domestik dan sisa buangan berjadual.
- Kawalan dan pengurusan debu dari aktiviti kilang penghancur dan pensaizan batuan, aktiviti muka kuari dan lain-lain.
- Kawalan dan pengurusan air seperti penyediaan kolam perangkap mendap, oil trap dan lain-lain
- Kawalan daripada pencemaran estetika dengan menggalakkan pengusaha melakukan program penghijauan kawasan tidak aktif/cerun dengan kaedah hydroseeding, penanaman pokok hiasan, landskap dan lain-lain sekali gus mampu membantu mengawal kestabilan