Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

152) KAWASAN OPERASI BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kawaasan operasi perjalanan Bas Smart Selangor yang dilancarkan pada tahun 2016.

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, sebelas (11) laluan telah diperkenalkan dengan 34 buah Bas Smart Selangor digunakan di semua daerah. Bagi laluan tambahan terbaru pada tahun 2016, Bas Smart Selangor telah beroperasi di kawasan pentadbiran Ampang Jaya, Kajang, Sepang, Kuala Langat, Selayang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

    Laluan Bas Smart Selangor boleh didapati di dalam laman sesawang atau portal setiap PBT. Maklumat terperinci kawasan operasi perjalanan Bas Smart Selangor yang dilancarkan pada tahun 2016 adalah seperti di Lampiran I.

     

  2. Apakah Kerajaan Negeri melakukan kajian keperluan Bas Smart Selangor dikawasan tersebut sebelum dilaksanakan.

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan bas secara percuma bagi meningkatkan mutu dan tahap sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor. Dalam penyediaan laluan Bas Smart Selangor, cadangan laluan akan terlebih dahulu dibentang dan dinilai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor dengan penglibatan semua PBT yang berkaitan dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Laluan-laluan yang cadangkan oleh PBT dipertimbangkan dengan mengambilkira pandangan dan kajian keperluan laluan di samping mengambilkira kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:

    • Menepati struktur Bus Network Revamp oleh SPAD iaitu tidak bertindih dengan laluan operator perkhidmatan bas sedia ada;
    • Perlu mengutamakan laluan kawasan-kawasan tumpuan pembangunan, perumahan padat dan jalan yang tidak dilalui oleh perkhidmatan bas lain;
    • Lokasi bagi laluan bas percuma ini adalah di kawasan tumpuan kemudahan awam seperti pusat kesihatan, pejabat kerajaan, sekolah dan sebagainya dan sebagainya serta kawasan komersial dan kompleks perniagaan; dan
    • Connectivity dengan sistem pengangkutan yang lain seperti stesen komuter atau stesen LRT/MRT.

    Oleh itu, penentuan laluan Bas Smart Selangor telah dijalankan dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berdasarkan kriteria tersebut, laluan bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor bukanlah untuk bersaing dengan pengangkutan awam yang lain, namun ia adalah perkhidmatan yang berorientasikan keperluan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah di kawasan yang disasarkan. Ianya selaras dengan prinsip keprihatinan Kerajaan Negeri dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.

    1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

    LAMPIRAN I

    • Dari Jalan Ukay Perdana ke Jalan Taman Melawati. Butiran laluan adalah:
      • Jalan Ukay Perdana >> Jalan Sungai Sering >> Jalan Mulia 1/1 >> Jalan Riana Ukay >> Jalan Riana Ukay 1 >> Jalan Ukay Indah >> Jalan AU 4/2

    >> Jalan AU5 >> Persiaran Permata >> Jalan Taman Melawati.

     

    1. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
      • Dari/Ke Kompleks Hentian Kajang ke/dari Jalan Timur. Butiran laluan adalah:
        • Kompleks Hentian Kajang melalui Jalan Reko >> Persiaran Bangi >> Persiaran Cempaka >> Jalan 7/5 (Surau Al-Islah) >> Jalan 7/2 >> Jalan 7/1 >> Jalan Wan Siew >> Jalan Sungai Chua >> Jalan Mendaling >> Jalan Tukang >> Jalan Besar >> Jalan Cheras >> Jalan

     

    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
      • Dari Selayang Mutiara ke Terminal Putra Gombak. Butiran laluan adalah:
        • Selayang Mutiara >> Stadium MPS >> MPS >> Apartment Dahlia >> Jalan Taman Bidara >> Taman Selayang Jaya >> Selayang Mall >> Lebuhraya Selayang Kepong >> Medan Selera Selayang Segar >> Selayang Baru >> Jalan Sungai Tua >> Jalan Batu Caves >> Greenwood >> Jalan Gombak

    >> Jalan Sungai Pusu >> Terminal Putra Gombak.

     

    1. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
      • Laluan SPG 1 dari Klinik Kesihatan Tanjong Sepat ke Stesen ERL Kota Warisan. Butiran laluan adalah :
        • Klinik Kesihatan Tanjong Sepat >> Medan Selera Tanjong Sepat >> SK Tamil Tanjung Sepat >> Kampung Tanjung Rhu >> Taman Sri Merbau, Sungai Pelek >> Balai Polis Sungai Pelek >> Pejabat Pos Sungai Pelek >> Taman Sri Tanjung Mas >> Taman Murni >> Pekan Sepang >> Taman Desa Indah >> KLIA 2 >> KLIA >> ERL Kota Warisan;
      • Laluan SPG 2 dari Bandar Baru Salak Tinggi ke ERL Kota Warisan. Butiran laluan adalah :
        • Stesen ERL Kota Warisan >> Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) >> Stadium Mini BBST >> Mahkamah Sesyen BBST >> SMK BBST >> Taman Dahlia BBST >> Taman Seroja BBST >> Pusat Penjaja BBST >> Hotel Empress >> Stesen ERL Kota

     

    1. Majlis Daerah Kuala Langat
      • Dari Bandar Banting ke Stesen ERL Kota Warisan. Butiran laluan adalah :
        • Bandar Banting >> Jalan Bunga Pekan >> Jalan Sultan Abdul Samad >> Jalan Dengkil – Banting >> Jalan Banting – KLIA >> Jalan KLIA 1 >> Jalan Pekeliling >> Lebuhraya KLIA Extension >> Jalan KLIA 1 >> Jalan Pekeliling >> Pintasan Dengkil Bypass >> PErsiaran Warisan >> Jalan Warisan

     

    1. Majlis Daerah Sabak Bernam
      • Dari/ke Sekinchan ke/dari Sabak Bernam akan melalui:
        • Stesen Bas Sekinchan ke Stesen Bas Sungai Besar
          • Stesen Bas Sekinchan >> Kilang Khind Mistral >> Pekan Sekinchan

    >> Pantai Redang >> SMK (C) Yoke Kuan >> Taman Seri Sekinchan

    >> Taman Harmoni >> SRK Seri Sekinchan >> SRA Sekinchan >> Taman Aman >> SRK Sungai Leman >> SMK Dato’ Mustafa >> SRK Pasir Panjang >> Pekan Pasir Panjang >> Kg. Batu 23 Sungai  Nibong

    >> Pekan Sg. Nibong >> Pekan Simpang 5 >> Klinik Kesihatan Simpang 5 >> SRK Simpang 5 >> Kg Sungai Haji Dorani >> Pekan Sungai Haji Dorani >> SRK Sungai Haji Dorani >> SRK Sungai Limau

    >> Stesen Bas Sungai Besar.

     

    • Stesen Bas Sungai Besar ke Stesen Bas Sabak
      • Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) >> JKM dan LZS >> MCDonald >> Pasaraya TF >> Pusat Komersil Sg. Besar >> PTD Sabak Bernam (Kompleks Kerajaan) >> Klinik Kesihatan Sg. Besar >> IPD Sabak Bernam >> Pejabat Pos >> SRK Seri Utama >> SMK Seri Bedena >> Taman Penggawa >> Pusat Perniagaan Sg. Lias >> Kampung Sungai Burung >> Taman Air Manis >> Jabatan Pengangkutan Jalan >> Kampung Tebuk Pulai >> Taman Orkid >> Taman Muhibbah/ Taman Pertama/Taman Serendah >> SMA Batu 1

    >> Taman Perumahan >> Pusat Komersil >> SMK Tunku Rahman Putra (STARP) >> Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam >> Kolej Komuniti Sabak Bernam >> Stadium Mini Sabak Bernam >> Stesen Bas Sabak Bernam.

     

    • Majlis Daerah Kuala Selangor
      • Dari Terminal Bas dan Teksi Kuala Selangor – Tanjong Karang – Perhentian Bas Sekinchan. Butiran laluan adalah :
        • Perhentian Bas   dan   Teksi Kuala  Selangor     >> Taman Paduka >> Kompleks PKNS Kuala Selangor >> SM Sains Kuala Selangor >> MDKS

     

    >> Stesen Bas Pekan Lama Kuala Selangor >> Giant Hypermarket >> Taman Pinggiran >> SMKA Kuala Selangor >> Taman Baiduri >> Masjid Jamek >> Taman Damai >> Hospital Tanjung Karang >> Perhentian Bas Tanjong Karang >> SAM Seri Desa >> SK Sg Burong >> SK Parit Empat

    >> Pekan Sekinchan >> Perhentian Bas Sekinchan.

     

    • Majlis Daerah Hulu Selangor
      • Terminal Bas Kuala Kubu Bharu – ke/dari Terminal Bas Bukit Sentosa. Butiran laluan adalah :
        • Terminal Bas Kuala Kubu Bharu >> Dewan Merdeka KKB >> JPJ Kuala Kubu Bharu >> Stesen KTM KKB >> Taman Tanjak >> Darul Quran >> Desa Bukit Bujang >> Desa Rening >> Rasa Tambahan >> Perindustrian Zurah >> Taman Keruing >> Pekan Rasa >> Widuri >> Kemboja >> Angggerik >> Seroja >> Jenjarum >>Terminal Bas Bukit

     

Lampiran

Tiada Lampiran.