Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

240) KAWASAN LITTLE INDIA DI JALAN TENGKU KELANA, KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan-rancangan Kerajaan Negeri Selangor di dalam mencantikkan serta membaik pulih Kawasan Jalan Tengku Kelana, Klang bagi memajukannya sebagai sebuah ÒLittle IndiaÓ Selangor?

    Antara rancangan bagi mencantikkan serta membaik pulih Kawasan Jalan Tengku Kelana, Klang bagi memajukannya sebagai sebuah ”Little India” Selangor adalah menyelaras Program Mengecat dan Mengindahkan Pusat Bandar Klang Selatan 2010. Program mengecat semula premis perniagaan di Jalan Tengku Kelana adalah bertujuan untuk mengekalkan nilai estetika bangunan di sepanjang jalan tersebut dan secara tidak langsung dapat meningkatkan imej Pusat Bandar Klang sebagai satu tarikan pelancongan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membelanjakan peruntukan yang besar bagi membaik pulih kemudahan infrastruktur dan sebagainya untuk lebih mencantikkan lagi kawasan ÒLittle IndiaÓ tersebut?

    MPK sangat berbesar hati sekiranya Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan khas bagi meningkatkan taraf dan membaik pulih kemudahan asas di kawasan ‘Little India’ sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai pengunjung dan sebagai salah satu aset dan destinasi pelancongan terpenting di Negeri Selangor Darul Ehsan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengambil apa-apa langkah bagi menjadikan Kawasan Jalan Tengku Kelana, Klang di identitikan sebagai kawasan ÒLittle India of SelangorÓ pada masa terdekat ini?

    Cadangan untuk menjadikan kawasan Jalan Tengku Kelana Klang sebagai kawasan ‘Little India of Selangor’ perlu dikaji dan diteliti dengan mengambil kira pelbagai aspek agar selari dengan imej dan identiti Bandar Klang sebagai Bandar Diraja dan Bersejarah.

Lampiran

Tiada Lampiran.