Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

272) Kawasan Letak Kereta Berbayar Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pelaksanaan kawasan letak kereta berbayar dalam MDSB akan dilaksanakan?

    Merujuk kepada Mesyuarat Majlis Daerah Sabak Bernam Bil.4/2020 yang bertarikh 30 Jun 2020 pelaksanaan tempat letak kereta berbayar akan  bermula pada 1 Januari 2021 .

  2. Dimanakah lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti untuk tempat letak kereta berbayar?

    Cadangan lokasi tempat letak kereta berbayar mengikut 3 kawasan iaitu :-

    1. Pekan Sabak
    2. Pekan Sekinchan
    3. Pekan Sungai Besar

     

    Cadangan lokasi ‘hotspot’ tempat letak kereta berbayar ini mengikut kawasan dan pemilihan dibuat berdasarkan kepada kawasan-kawasan perbankan serta kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.