Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
21) KAWASAN LEMBAH BERINGIN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini Pelan Tindakan Khas Pembangunan Kawasan Brownfield Lembah Beringin.
Pihak Juruperunding yang dilantik telah menyediakan Laporan Awal dan dalam proses penyediaan Draf Laporan Akhir yang akan dibentangkan ke Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa berkenaan turut disertai oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
-
Apakah keputusan mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?
Tindakan mahkamah berkenaan tidak melibatkan Majlis Daerah Hulu Selangor dan pihak MDHS tidak maklum sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan.