Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

209) KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan awam yang telah dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok.

    Kawasan awam yang telah  dikategorikan  sebagai  kawasan  larangan  merokok di bawah Undang-undang Kesihatan Awam yang diperuntukan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT):

    1)            di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka untuk orang awam;

    2)            dalam mana-mana hospital atau klinik;

    3)            di dalam mana-mana lif atau tandas awam;

    4)            di dalam mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin;

    5)            di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam;

    6)            di dalam mana-mana lapangan terbang;

    7)            dalam mana-mana kawasan premis kerajaan;

    8)            di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian atau di mana-mana tempat awam;

    9)            di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi;

    10)        di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak;

    11)        di dalam mana-mana bas sekolah;

    12)        di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam

    bangunan yang dinyatakan (Jadual Kedua) seperti berikut:

    • Mana-mana bank atau institusi kewangan
    • Telekom Malaysia Berhad
    • Tenaga Nasional Berhad
    • Pos Malaysia Berhad
    • di mana-mana kawasan di kompleks membeli belah;
    • di mana-mana kawasan stesyen minyak;
    • di mana-mana kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium;
    • dalam mana-mana    kawasan    bangunan   atau    tempat    awam    yang digunakan untuk tujuan keagamaan;
    • di mana-mana kawasan perpustakaan;
    • di mana-mana kawasan kafe internet;
    • di mana-mana kawasan tempat latihan khidmat negara;
    • di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat;
    • dalam mana-mana bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman, termasuk lingkungan 3 meter daripada sempadan tempat itu, di kawasan rehat dan rawat (R&R);
    • Dalam mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka;
    • Dalam mana-mana menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meluaskan kawasan larangan merokok demi kesihatan rakyat?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam meluaskan kawasan larangan merokok telah mengambil pendekatan-pendekatan seperti berikut:

    • Meluaskan promosi premis Blue Ribbon Campaign (BRC) secara sukarela kepada premis di bawah PPKHT dan bukan di bawah Akta PPKHT 2004 dan mendapat pensijilan dari Mysihat KKM. Sehingga 2017, sebanyak 31 premis di Selangor yang telah mempromosikan premis mereka sebagai premis BRC dan telah diaudit oleh pihak Mysihat untuk diberi anugerah pensijilan;
    • Memasang plak premis Rumah Bebas Asap Rokok (RBAR) dan Kedai Bebas Asap Rokok (KBAR) di lokaliti KOSPEN. Plak RBAR dan KBAR bagi tahun 2017 adalah 2530;
    • Menjalankan saringan merokok kepada penduduk di lokaliti KOSPEN semasa saringan kesihatan dijalankan dan sebanyak 6,498 telah  menjalani saringan merokok dan sebanyak 1,920 telah dirujuk ke klinik berhenti merokok;
    • Menjalankan pendidikan kesihatan dan mempromosikan kawasan larangan merokok dengan edaran pamplet / bunting / banner; dan
    • Menjalankan kerjasama dengan NGO seperti IKRAM Health dalam menjalankan promosi  kawasan  larangan  merokok  di  masjid-masjid  di mana IKRAM Health dalam proses untuk menjadikan Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR).

     

    Pelaksanaan program Perkhidmatan Berhenti Merokok (Mquit) kepada semua Ahli Jawatankuasa masjid , Pegawai Masjid dan kariah masjid akan dilaksanakan secara berstruktur dan berperingkat. Program ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat Islam yang sihat dan menjadikan masjid sebagai kawasan bebas merokok. Program ini akan bermula pada bulan Disember 2017. Selain itu, KKM bercadang melaksanakn saringan merokok di kalangan pelajar kolej komuniti / politeknik / kolej sains kesihatan bersekutu

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri meningkatkan kesedaran larangan merokok di taman-taman awam berdasarkan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2017)?

    Bagi meningkatkan meningkatkan kesedaran larangan merokok di taman-taman awam berdasarkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2017), Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memasang papan tanda larangan merokok di taman awam atau taman rekreasi di bawah milik PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.