Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

86) KAWASAN LAPANG DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan lapang yang telah disewa, dipajak atau diberi TOL untuk tujuan komersial di Negeri Selangor. Sila terperincikan mengikut daerah, kadar sewa atau pajak, syarikat yang terlibat dan tempoh tamat.

    1. Kawasan lapang yang digunakan untuk TOL bagi tujuan komersial adalah seperti berikut:-

     

     

     

    Bil.

     

    DAERAH

     

    KEGUNAAN

    KADAR SEWA NAMA SYARIKAT TEMPOH TAMAT

    SEWA

     

    1.

    Hulu Langat Lapangan Sasar Golf RM6,000.00

    sebulan

     

    MPAJ

     

    April 2010

    2. Lain-lain

    daerah

    Tiada Tiada Tiada Tiada
  2. Adakah kawasan lapang boleh dijadikan tempat rizab sekolah? Kalau tidak sila berikan sebab-sebab.

    1. Kawasan lapang tidak boleh menjadi rizab sekolah kerana kawasan lapang berdasarkan Akta 172 ialah tanah lapang sebagai mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam. Kawasan lapang perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk diwartakan sebagai kawasan  lapang  (pegawai pengawal adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan diurus tadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan). Manakala rizab sekolah yang diserah kepada Kerajaan akibat pembangunan oleh pemilik tanah akan dipohon  oleh  Pesuruhjaya  Tanah Persekutuan sebagai tapak pembinaan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.