Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

95) KAWASAN LAPANG DI JALAN PERDANA 10/2, PANDAN PERDANA DICANDANG SUPAYA DIJADIKAN SEBAGAI TAPAK PASAR PAGI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah cadangan untuk menukar kawasan lapang di Jalan Perdana kepada tapak pasar disetujui oleh PBT, kalau tidak sila berikan sebab-sebab.

    Cadangan untuk menukar kawasan lapang di Jalan Pandan Perdana kepada tapak pasar tidak dipersetujui oleh pihak Majlis kerana kawasan yang dipohon adalah berstatus dan rizab kawasan lapang.

  2. Bilakah isu ini akan/telah di bincang di MPAJ?

    Isu ini telah di bincang di mesyuarat jawatankuasa dan disahkan pada mesyuarat penuh Majlis pada bulan Disember

  3. Berapa lamakah dihendaki supaya majlis membuat keputusan dan minta jelaskan sebab-sebab ia lambat membuat keputusan

    MPAJ telah membuat keputusan mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan lapang. Tindakan Majlis pada masa ini adalah untuk mengosongkan tapak tersebut daripada diduduki oleh pihak PEMADAM, pengosongan tapak tersebut tertangguh kerana Pihak Majlis telah diarahkan oleh Y.B Exco Tuan Ronnie Liu untuk mencari lokasi tapak yang baru bagi PEMADAM sehingga Oktober 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.