Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

125) KAWASAN LAPANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah keluasan kawasan lapang dan keluasan kawasan lapang per kapita mengikut PBT?

     

    Berdasarkan rekod sehingga Mei 2013, keluasan kawasan lapang yang telah dikenal pasti di negeri ini adalah seluas 13,290.42 ekar (5,378.28 hektar). Jumlah tersebut adalah peningkatan sebanyak 77 ekar (342.27 hektar) berbanding 12,444.63 ekar (5,036.171 hektar) pada Oktober 2010.

     

    Pecahan keluasan kawasan lapang mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

     

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) KELUASAN (EKAR)
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 803.77
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2,032.00
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 4,658.68
    4. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 890.17
    5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 683.69
    6. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 1,241.46
    7. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 358.26
    8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 119.47
    9. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 129.44
    10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 164.85
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 2,051.64
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 156.97
      JUMLAH 13,290.40

     

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran 2 hektar untuk setiap seribu penduduk menjelang tahun 2020.

    Sasaran Kerajaan Negeri untuk mencapai 2 hektar untuk setiap seribu penduduk menjelang tahun 2020 telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.3/2008 yang bersidang pada 20hb. November 2008.

     

    Pemakaian sasaran ini selaras dengan Dasar Perbandaran Negara (DPN) melalui Dasar DPN 9 iaitu kawasan lapang dan rekreasi yang mencukupi perlu disediakan mengikut keperluan penduduk, salah satu langkah yang penting dalam penyediaan kawasan tanah lapang awam yang mencukupi melalui pemakaian sasaran petunjuk 1,000 penduduk / 2 hektar tanah lapang awam.

     

    Strategi Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran 2 hektar untuk setiap seribu penduduk akan dilaksanakan kepada dua jenis kategori pembangunan perumahan berbilang tingkat seperti berikut:

     

    i)                    Kategori Perumahan

    Semua jenis perumahan berbilang tingkat iaitu kondominium, pangsapuri dan rumah pangsa.

     

    ii)                  Kategori Perniagaan (Pangsapuri Perkhidmatan)

     

    1. Pangsapuri perkhidmatan (service apartment)/

     

    1. Pembangunan pangsapuri perkhidmatan ini akan melibatkan kawalan nisbah plot yang menghadkan bilangan

     

    1. Sekiranya konsep penyediaan kemudahan awam di antara tingkat (between floors) digunakan, ianya akan dikecualikan di dalam pengiraan bilangan tingkat berdasarkan nisbah

     

    Walau bagaimanapun, bagi memastikan sasaran ini dapat dipenuhi di dalam pembangunan perumahan berbilang tingkat, perkara-perkara berikut boleh diambil kira:

     

    1. Pembangunan taman atas bumbung;

     

    1. Penyediaan kemudahan awam di antara tingkat bangunan atau di antara dua bangunan (sebahagian daripada keperluan kawasan lapang);

     

    • Tingkat bawah bangunan yang dikosongkan untuk kegunaan komuniti; dan

     

    1. ‘Perimeter planting’ minima 10 kaki (termasuk anjakan bangunan, jika berkaitan) disediakan di setiap pembangunan perumahan berbilang tingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.