Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

27) KAWASAN KUARI BERHAMPIRAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH & KAJANG PERDANA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Saya menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai kegiatan kuari berhampiran Bandar Sunway Semenyih dan Kajang Perdana yang mengadu kegiatan meletup batu serta pencemaran habuk telah mengganggu kehidupan mereka. Mohon penjelasan Kerajaan Negeri mengenai langkah-langkah supaya kegiatan kuari tidak mengganggu keselesaan hidup penduduk dan memastikan pengusaha menjalankan operasi mengikut undang-undang

    Permit kuari adalah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat dan operasi pemantauan/langkah-langkah kawalan adalah di bawah Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Alam Sekitar.

  2. Saya dimaklumkan , kira-kira 100 ekar kawasan tanah yang dimaksudkan pada (a) akan diwartakan sebagai kawasan kuari. Jika perkara ini benar, apakah kewajarannya dan berapa lama tempohnya kuari-kuari tersebut dibenarkan beroperas

    Seluas lebih kurang 120 ekar dizonkan untuk kegunaan industri dalam Rancangan Tempatan MPKj 2020 dan jarak terdapat 500 meter dari kawasan kediaman terancang sedia ada dan tempoh operasi kuari perlu rujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains.

  3. Berapakah bilangan pengusaha kuari di kawasan tersebut yang berlesen ataupun yang tidak berlesen

    Kedua-dua pengusaha kuari di kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang lesen daripada PBT.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.