Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
313) KAWASAN-KAWASAN INDUSTRI DI HULU SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di Hulu Selangor?
Majlis Daerah Hulu Selangor
-
Nyatakan jumlah lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa yang telah didirikan bangunan dan langkah yang diambil terhadap pembeli-pembeli yang masih membiarkan lot mereka tanpa bangunan.
Sebanyak 55 lot industri di Zurah, Rasa telah didirikan bangunan kilang. PKNS juga telah menerima tambahan lagi 20 pelan pembangunan daripada arkitek yang dilantik oleh pembeli lot berkenaan.
Sekiranya pembeli masih membiarkan lot mereka tanpa bangunan, PKNS akan mengeluarkan surat peringatan kepada pembeli-pembeli berkenaan supaya membina kilang dengan kadar segera