Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
169) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini permohonan PKNS untuk mengeluarkan hakmilik individu kepada pemilik kilang di Kawasan Industri Zurah Rasa.
Permohonan pengeluaran hakmilik individu telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui surat Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor (PTDHS) bertarikh 29 Julai 2015. PTDHS sedang menunggu laporan penilaian dari JPPH sebelum mengeluarkan Notis 5A kepada PKNS untuk PKNS menjelaskan bayaran premium.
-
Senaraikan pembeli yang memberi lebih daripada 5 lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa dengan butiran seperti tahun membeli, harga jualan PKNS, dan sebagainya
Senarai nama syarikat yang membeli lot industri yang melebihi 5 lot.
Nama Syarikat Jumlah Lot Tahun Membeli Harga Jualan (RM) Luas (ekar)
MDC Precast Ind. Sdn. Bhd. 10 2006 5,388,862.00 18.8 Tumpuan Sehati Sdn. Bhd. 6 2012 6,198,526.00 16.6 Armada Cergas Sdn. Bhd. 8 2012 3,739,976.00 10.0 Tunas Suria Hartanah Sdn. Bhd. 31 2013 5,818,621.00 15.5 Wirasawah Sdn. Bhd. 12 2013 3,214,945.00 8.7 Bomim Auto Trading Sdn. Bhd. 8 2013 1,482,165.00 3.9 Yam Manufacturing Sdn. Bhd. 7 2013 1,206,986.00 6.5 -
Adakah PKNS akan mengambil tindakan terhadap pembeli yang belum mengemukakan kelulusan pelan bangunan setelah 2 tahun membeli lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa? Jika tidak, nyatakan sebabnya
PKNS telah mengambil tindakan dengan menghantar surat peringatan terhadap pembeli yang belum mengemukakan kelulusan pelan bangunan setelah 2 tahun membeli lot industri di kawasan Industri Zurah.