Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

235) KAWASAN INDUSTRI TERLIBAT CATUAN AIR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan-kawasan industri dan jumlah kilang yang terlibat dengan catuan air?

    Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014 melibatkan sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor dan lebih dari 2,378 pengusaha industri yang terlibat.

  2. Mengikut perkiraan kerajaan negeri, berapakah tahap kerugian pihak industri akibat catuan air?

    Dalam tempoh perlaksanaan pelan catuan bekalan air, sebanyak 28 syarikat yang menghadapi kesan yang serius telah memanjangkan aduan kepada pihak SSIC. Antara kawasan-kawasan industri dan jumlah kilang yang terlibat dengan catuan air berdasarkan laporan yang diterima oleh SSIC adalah seperti berikut;-

    Bil. Kawasan Bil. Syarikat Kapasiti Air Yang Diperlukan

    (Liter/Day)1m3= 1,000

    LITER)

    1. Shah Alam 12 27,680,000
    2. Rawang 1 200,000
    3. Bukit Beruntung 1 4,300,000
    4. Bistari Jaya 1 2,680,000
    5. Telok Panglima Garang 2 3,680,000
    6. Balakong 1 170,000
    7. Pulau Indah 8 5,690,000
    8. Meru 1 16,320,000
    9. Pelabuhan Klang 1 1,200,000
      Jumlah 28 62,088,000 liter/day

    Kebanyakan syarikat yang terjejas adalah syarikat yang terlibat dalam aktiviti – aktiviti seperti berikut;-

    1. Industri Pembuatan Barangan Produk Makanan,
    2. Industri Pembuatan Barangan Bahan Kimia,
    3. Industri Pembuatan Barangan Produk Oleochemical,
    4. Industri Pembuatan Barangan Elektrk dan Elektronik
    5. Industri Pembuatan Barangan Berasaskan Getah.
    6. Industri Pembuatan Barangan Berasaskan Logam

    Isu-isu yang dihadapi oleh pihak syarikat adalah seperti:-

    1. Isu tekanan air yang rendah menyebabkan tangki simpanan tidak dapat menakung kapasiti air yang diperlukan.
    2. Keputusan bekalan air menyebabkan pihak syarikat menutup operasi pengeluaran sementara waktu pada masa tidak menerima bekalan air seperti yang dijadualkan. iii. Kos pembelian air yang tidak seragam yang ditawarkan oleh pihak penyedia lori tangki. iv. Peningkatan kos pengeluaran disebabkan pertambahan kos pembelian air dari pusat Filling Station.

    Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh FMM sebanyak 25 syarikat telah mengemukakan maklum balas daripada 1,243 ahli-ahli FMM di Selangor yang terlibat.

    Hasil dari kajian tersebut perkiraan tahap kerugian yang dihadapi adalah seperti berikut;-

    Kerugian RM
    Kerugian dalam proses pengeluaran 24,273,000
    Kerugian ke atas permintaan produk keluaran 12,655,000
    Pekerja yang terlibat 5,489

    Sumber : FMM Selangor

    Oleh kerana kajian yang dilakukan oleh FMM hanya melibatkan syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai ahli FMM sahaja, Kerajaan Negeri melalui SSIC juga dalam proses menjalankan kajian tahap kerugian yang dihadapi oleh pihak syarikat kepada lebih kurang 2,378 syarikat yang berdaftar dengan SSIC. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran perkiraan tahap kerugian secara jelas daripada pihak industri.

Lampiran

Tiada Lampiran.