Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

96) KAWASAN HOT SPOT LONGGOKAN SAMPAH HARAM DUN MERU

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan dikenalpasti dan telah dapat dipulihkan?

    Bilangan hotspot longgokan sampah haram yang dikenalpasti di kawasan DUN Meru adalah sebanyak 3 spot. Lokasi tersebut adalah seperti berikut:-

    • Jalan Pasar Malam
    • Jalan Paip
    • Jalan Dahlia

    Kawasan ini telah dibuat pembersihan dan pemantauan penguatkuasaan telah dibuat untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram berulang lagi di lokasi tersebut. Jalan Paip dan Jalan Dahlia telah dapat dipulihkan sepenuhnya walaubagaimanapun pihak Majlis akan sentiasa memantau kawasan ini.

  2. Dimanakah kawasan yang masih aktif dan gagal dipulihkan?

    Sepanjang Jalan Pasar Malam terdapat 4 spot sampah haram, daripada 4 spot berkenaan hanya 1 spot dapat dikawal dan dipulihkan manakala 3 spot lagi masih terjadi pembuangan sampah haram.

     

  3. Berapakah tangkapan dan sitaan kenderaan mengikut lokasi telah direkodkan? Senaraikan.

    Sepanjang tahun 2017 sebanyak 5 sitaan kenderaan yang membuang sampah secara haram telah berjaya dibuat di kawasan DUN Meru.

Lampiran

Tiada Lampiran.