Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

94) KAWASAN HIJAU SUBANG JAYA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kawasan lapang / hijau yang sedia ada di Subang Jaya (dari SS12 hingga SS19) mencukupi mengikut undang-undang? Sila berikan butir-butir

    Terdapat sejumlah 30 tapak kawasan lapang (useable open space) dan 22 tapak kawasan hijau di dalam kawasan Subang Jaya dari SS12 hingga SS19. Luas keseluruhan kawasan lapang tersebut ialah 60.88 ekar dan kawasan hijau ialah 52.65 ekar.

    Keluasan kawasan lapang/hijau adalah mengikut kelulusan pelan susun atur pembangunan Bandar Subang Jaya yang telah diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya ketika itu.

  2. Apakah impak Taman Subang Ria dalam pengiraan peratusan kawasan lapang di atas?

    Luas lot 17934 Taman Subang Ria ialah 72.63 ekar (tanah seluas 53.63 ekar adalah kawasan hijau dan tasik). Taman Subang Ria tidak diambil kira dalam keperluan sepuluh peratus (10%) penyediaan kawasan lapang/hijau bagi pelan susun atur pembangunan Bandar Subang Jaya (SS 12 hingga SS 19). Taman Subang Ria adalah hak milik persendirian.

Lampiran

Tiada Lampiran.