Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
113) KAWASAN HIJAU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memelihara kawasan hijau di DUN Sementa daripada pembangunan tidak terkawal?
Untuk mempertimbangkan permohonan pemajuan, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) perlu merujuk kepada zon gunatanah Rancangan Tempatan Bandaraya Diraja Klang 2035 (Pengubahan 1) yang telah diwartakan pada 10/10/2024.
Bagi kawasan-kawasan hijau yang telah diluluskan, pihak MBDK akan mengemukakan permohonan pewartaan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang supaya plot-plot kawasan hijau / kawasan lapang ini diwartakan dan tidak diceroboh oleh mana-mana pihak. Sekiranya berlaku pencerobohan tanah kerajaan, perkara ini akan dimajukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk tindakan susulan.