Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

39) KAWASAN HIJAU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan keluasan Taman Warisan (hutan simpan) Selangor yang telah digazetkan oleh kerajaan negeri sejak 2008. Apakah keluasan tanah lapang telah digazet sejak 2008-2012 di kawasan-kawasan yang akan/telah dibangunkan?

    Semenjak tahun 2008, seluas + 1,857.317 hektar kawasan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor telah diwartakan sebagai Taman Negeri yang lebih dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. Ini menjadikan keluasan Taman Warisan Negeri Selangor pada masa ini berjumlah + 93,001.8 hektar.

    NOTA

    Bahagian kedua soalan adalah tidak jelas.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Senarai hutan simpanan kekal yang telah diwartakan sebagai Taman Warisan Negeris Selangor adalah seperti berikut:

    Bil. Hutan Simpan Keluasan (Ha) Tarikh Pewartaan
    1. HS. Ampang 91,144.519 25.1.2007
    2. HS. Ampang Pechah
    3. HS. Bukit Kutu
    4. HS. Batang Kali
    5. HS. Gading
    6. HS. Hulu Langat
    7. HS. Hulu Selangor
    8. HS. Kanching
    9. HS. Semangko
    10. HS. Serendah
    11. HS. Sg. Lalang
    12. HS. Ulu Gombak
      Jumlah Kecil 91,144.519  
    13. HS. Ulu Gombak Tambahan

    (Klang Gates)

    897.587 22.1.2010
    14. HS. Ulu Gombak Tambahan 1

    (Permatang Kuarza)

    114.480
    15. HS. Templer 845.25 29.1.2010
      Jumlah Kecil 1,857.317  
      JUMLAH KESELURUHAN 93,001.836

     

Lampiran

Tiada Lampiran.